Laman Utama
Cikgu Fadli Jawab Isu Tak Nak Layan Caprice - “Bukan Tujuan Nak Sombong Atau Benci Ke Apa“
Cikgu Fadli yang mendakwa dirinya akan dikenakan tindakan buang kerja atau diturunkan pangkat kerana alasan menyuarakan isu Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) melibatkan sistem pendidikan, beg sekolah, silibus subjek, masa belajar dan bilangan murid di dalam kelas membuat permohonan maaf terbuka kepada penyanyi dan pengsohor, Caprice.
Menerusi kemas kini di Facebook, Cikgu Fadli berkata, dia bukanlah sombong menolak sebarang pertolongan daripada Caprice, cuma dia sememangnya tidak melayan semua pihak termasuk menteri.
“So Cap, aku tak tahu kau baca ke tak post ni. Sebab aku tak dak IG nak reach kau. Pertama sekali nak cakap, aku minta maaf. Bukan tujuan nak sombong atau benci ke apa.
“Tapi kalau kau follow penulisan aku, kau akan tahu aku tak layan semua pihak termasuk menteri, ahli politik, aktivis lain yang cuba heret aku masuk bersama atas pentas mereka.
“Aku cuba elak orang salah guna akhirnya akan menjerat diri aku balik. Faham kan? So, tak ada isu sombong atau hate ke apa. Aku hanya reply spontan sahaja kat post kawan tu, bukan buat post khusus hentamn kau ke apa. Tak ada pun.
“Apa pun Cap, terima kasihlah atas sokongan. Tahniah ambil berat juga isu pendidikan. Dan pada kawan-kawan dn followers, tak payah lah lagi jadi batu api dan panaskan isu ni.
“Cap ada followers dia tersendiri yang sentiasa sokong apa kerja buat dia. Nanti jadi gaduh antara followers pula, tak bestlah,” katanya.
Terdahulu, menerusi beberapa keping gambar surat yang dikongsikan, Cikgu Fadli berkata yang dia berdepan dengan tiga pertuduhan.
Tiga pertuduhan tersebut adalah kerana memuat naik hantaran di platform media sosial Facebook mengenai jadual waktu serta mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah.
Cikgu Fadli juga dituduh memuat naik hantaran di Facebook mengenai subjek yang diajar pada murid Tahun Satu dan menerusi pertuduhan ketiga, dia didakwa mengadakan sesi Facebook Live untuk bercakap mengenai masalah pendidikan di Malaysia khususnya subjek yang terlalu banyak menggunakan Facebook.
Dalam perkembangan lain, Cikgu Fadli diminta membuat representasi secara bertulis dengan mengemukakan alasan dan bukti bagi membebaskan diri daripada kesemua pertuduhan itu dalam tempoh 21 hari daripada tarikh penerimaan surat tersebut.
Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!