Laman Utama

Ciplak Idea Tudung Magnet, Netizen Kata Tak Salah Sebab....

Gempak
07/09/2021
06:50 MYT
Sponsor Banner
Ciplak Idea Tudung Magnet, Netizen Kata Tak Salah Sebab....
Baru-baru ini, kecoh di laman sosial apabila jenama tudung yang difahamkan milik usahawan popular didakwa menciplak idea tudung magnet yang diilhamkan seorang pengusaha tudung kecil, The Jasmine.
Menerusi pengakuan yang dibuat oleh pemilik The Jasmine, Yusfariq, dia mengambil masa selama dua tahun untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas rekaan tersebut.
Namun, dia berasa kecewa kerana idea yang dikeluarkan itu telah diciplak oleh sebuah jenama besar.
Menerusi komen-komen netizen, rata-rata menyalahkan jenama terkenal tersebut. Ada juga segelintir yang mengungkit kembali kisah lama jenama berkenaan yang didakwa gemar meniru hasil karya orang lain.
Begitupun, ada juga yang berpendapat bahawa perbuatan menciplak itu tidak menyalahi undang-undang.
Hal ini kerana, pemilik rekaan asal tudung magnet itu tidak mempatenkan rekaannya.
Legally, dorang tak salah pun sebab benda ni common in business world. Selagi tak patentkan, any companies can have it.
For me, dorang sengaja ambik idea small businesses because at the end memang tak boleh buat apa-apa. Patent cost ni mahal ye,” tulis seorang pengguna media sosial.
Dalam pada itu, ada juga netizen yang memberikan cadangan supaya memboikot jenama yang menciplak rekaan tudung magnet berkenaan memandangkan tiada tindakan yang boleh dibuat.
“Yes betul. Ethically wrong but legally, not wrong. Bila legally tak boleh buat apa the only way to seek justice is by boikot, viral, burukkan brand yang copy,” tulisnya.
Untuk rekod, pemilik The Jasmine hanya mendaftar jenama tudungnya sahaja di MyIpo.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar