Cipta Rekod! Konsert GenKRU Tambah Hari Ketiga - “Tanggungjawab Bagi Kami Untuk Penuhi Impian Peminat”
Selepas tiket hari pertama dan kedua Konsert GenKRU yang akan berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 3 dan 4 Mei ini habis dijual dalam tempoh kurang sejam, kini KRU mencipta rekod apabila menambah untuk hari ketiga.
Sejarah Baharu Industri Muzik Tempatan
Keputusan menjadikan konsert GenKRU tiga hari juga adalah sebuah sejarah baharu yang wajar dibanggakan oleh bintang tempatan apabila kebayakannya hanya mengadakan konsert selama dua hari.
"Penganjuran hari ketiga iaitu pada 10 Mei 2025 bukan bersifat opurtunis sebaliknya
“Berjaya melakukan konsert berskala besar untuk tiga malam merupakan satu penghormatan untuk artis tempatan kita,” ujar Pengasas Icon Entertainment, Iman Tang.
KRU Tunai Impian Peminat
Menurut anggotanya Datuk Norman, 52, dia mahu meninggalkan memori dan pengalaman dalam setiap peminat mereka apabila menghadiri konsert tersebut.
“Its not about us anymore, it’s about fans. Ini untuk mereka.
“Tahun ini 3 dekad kami bersama. Jadi sampai bila lagi? Nak tunggu umur saya 55 atau 56? Saya tak tahu bila lagi dan laratkah saya nak buat begini.
“Kalau mereka nak kembalikan momen 90-an itu, selagi saya mampu lagi saya mahu buat dan tahun ini saya mampu. Itulah yang saya cakap kepada Yusry dan Edry,” ujar Norman.
Kali terakhir mereka mengadakan konsert besar adalah pada 2018 melalui Konsert GenerasiKRU25 di Istana Budaya.