Hiburan

Cipta Sejarah, Produksi American Idol Bersiaran Dari 40 Lokasi

Kamaruddin Razal
28/04/2020
16:33 MYT
Sponsor Banner
Cipta Sejarah, Produksi American Idol Bersiaran Dari 40 Lokasi
Program realiti popular, American Idol 2020, yang bersiaran Ahad lalu mencipta sejarah tersendiri.
Memetik laporan Astro Awani, buat pertama kalinya, program itu bersiaran dari lebih 40 lokasi, dengan semua persembahan peserta dipertontonkan menerusi rakaman iPhone.
Situasi berbeza itu bagaimanapun tidak menjejaskan kualiti persembahan apabila majoriti persembahan peserta di peringkat Top 20 itu menerima pujian juri iaitu Katy Perry, Lionel Richie dan Luke Bryan.
Episod pertama itu menjadikan American Idol sebagai program realiti pertama bersiaran dari rumah berikutan pemberhentian operasi di Hollywood kerana wabak COVID-19.
Hos, Ryan Seacrest mencuri perhatian apabila menggunakan meja juri yang sebelum ini pernah digunakan Simon Cowell, Paula Abdul dan Randy Jackson ketika bersiaran.
"Saya simpan meja ini di garaj saya selama lebih tiga tahun, manalah tahu jika berlaku kecemasan.
"Hari ini... masa itu tiba," tulis Seacrest dalam satu kemas kini di Instagram.
American Idol sebelum ini dihentikan pada 2016, namun kembali disambung pada 2018.
Buat pembaca Gempak, pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19.
Sumber: Astro Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar