Laman Utama

“Ciuman Terakhir… Dulu Masa Kecil Tok Mah Mandikan, Siapkan Abil…” – Nabila Huda

Mya Amri
03/08/2021
04:53 MYT
Sponsor Banner
“Ciuman Terakhir… Dulu Masa Kecil Tok Mah Mandikan, Siapkan Abil…” – Nabila Huda
Pelakon dan pengacara, Nabila Huda bersyukur segala urusan pengebumian nenek tersayang, Hajah Fatimah Idris dipermudahkan.
Menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagramnnya, Nabila memberitahu hasratnya untuk menguruskan jenazah nenek kesayangannya buat kali terakhir dipermudahkan.
Dalam coretan yang sama juga, Nabila berkongsi sedikit kenangan sewaktu kecil bersama neneknya.
“Ciuman terakhir untuk Tok Mah ku sayang… Dulu masa Abil kecik-kecik Tok Mah mandikan abil, siap kan Abil.
“Hari ni Abil siapkan atok, mandikan atok kasi wangi-wangi dan solat jenazah untuk atok. Tercapai hasrat Abil nak buat semua ni untuk kali terakhir. Atok tunggu Abil dekat sana ya… Al-fatihah (dibaca),” tulisnya.
Dalam pada itu menerusi ruangan komen, rakan-rakan selebriti juga turut mengucapkan takziah kepada Nabila.
Antaranya Yana Samsudin, Erra Fazira, Alif Satar, Janna Nick, Tomok dan juga Ramona Zamzam.
BACA: Ibu Amy Search, Nenek Nabila Huda Meninggal Dunia
Terdahulu, ibu kepada penyanyi rock negara Amy Search, Hajah Fatimah Idris meninggal dunia akibat sakit tua.
Kali terakhir Amy dan isterinya, Nourish bertemu Allahyarhamah adalah pada bulan Ramadan tahun ini.
Bagaimanapun disebabkan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mereka hanya kerap bertanya khabar menerusi panggilan telefon serta membuat videocall.
Sebelum ini Allahyarham pernah menetap bersama Amy di ibu kota dan kerap dikunjungi cucunya, Nabila Huda sebelum kembali ke kampung di Johor Bahru.
Sejak itu Amy kerap pulang untuk menziarah ibunya yang memang tidak berada dalam keadaan baik.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar