Laman Utama
"A Class Production!" - Remy Ishak Puji Pihak Produksi Filem Proksi
Aktor popular, Remy Ishak memuji pihak produksi filem terbaru lakonannya iaitu Proksi.
Menurut Remy, seluruh pihak produksi memberikan kerjasama dan layanan yang sangat baik sepanjang menjayakan filem terbabit.
"Saya hormat pihak produksi, daripada awal kita sampai di Bangkok, Thailand hinggalah hari terakhir kami menjalankan penggambaran di sana, mereka memberikan kerjasama dan kebajikan yang sangat bagus.
"Disebabkan komitmen yang diberikan mereka sangat tinggi, perjalanan menjadi mudah sahaja, apa yang boleh saya cakap, mereka ini A class," katanya.
Dalam pada itu, Remy turut mengulas tentang penceritaan filem Proksi dan karakter yang dibawanya.
"Filem ini mengangkat isu semasa di mana ianya diambil mudah oleh orang ramai iaitu tentang penyebaran berita palsu.
"Karakter saya (Aqil) dilihat sebagai watak antagonis dalam Proksi yang menjadi askar upahan untuk mendapatkan kembali wang CARRIE yang dicuri oleh Aman.
"CARRIE adalah sebuah organisasi sulit yang membeli dan menyebarkan berita palsu untuk menghuru harakan negara, ada banyak lagi kejadian yang disembunyikan oleh Aqil," katanya lagi.
Proksi arahan Mohd Shafe A.Wahib telah menjengah pawagam di rumah anda menerusi Astro First, saluran 480 bermula 18 November lalu.
Jangan lepaskan peluang menyaksikannya! Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang.
Ikuti info dan klip-klip menarik tentang filem ini menerusi akaun Instagram,
Facebook, Twitter Astro Shaw.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!