Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Gaya Hidup

Comelnya Che Ta Dan Aaisyah Pakai Baju Raya Sedondon!

Amri Hassan 13/06/2017 | 04:32 MYT
Jenama tempatan Minaz tampil dengan koleksi terbaharu sempena Aidilfitri tahun ini.
Minaz Blooming Raya 2017 menampilkan ikon fesyen Rozita Che Wan bersama Little Princess, Aaisyah Dhia Rana sebagai wajah utama koleksi raya Minaz Luxe Raya Edition 2017.
Sebanyak 20 koleksi termasuk helaian sedondon ibu dan anak disediakan tahun ini.
Istimewanya, koleksi Minaz Luxe Raya Edition 2017 hadir dengan palet rona terang dan pastel, sesuai dengan citarasa wanita semasa.
Perincian yang digunakan seperti bulu pelepah, manik, bunga 3 dimensi memberikan ilusi mewah pada setiap helaian.
Malah, potongan baju menampakkan sisi ramping si pemakai!
Selain Minaz Luxe Raya Edition 2017, jenama pakaian itu turut berkolaborasi dengan dua gergasi peruncitan dalam talian Fashion Valet dan Zalora.
Jom layan gambar-gambar comel Che Ta bersama Aaisyah yang menggayakan koleksi Minaz Luxe Raya Edition 2017. Anda pasti teruja!
Teks oleh: Amri Hassan
#Aaisyah Dhia Rana #Che Ta #Minaz #Baju Raya #Aidilfitri
;