Laman Utama
Comelnya! Margot Robbie Hidupkan Semula Fesyen Patung Barbie, Ada Enchanted Evening Dress Klasik Tahun 60-an
Filem live action Barbie akan tayang pertama kali pada 21 Julai 2023 ini.
Saat ini ‘kerja-kerja’ promosi giat dijalankan termasuk barisan pelakonnya perlu berada pada tayangan perdana yang dijalankan di serata dunia.
Antara yang mendapat tumpuan adalah dua bintang utamanya iaitu Margot Robbie sebagai Barbie dan aktor Ryan Gosling selaku pasangannya, Ken.
Selain bercakap tentang filem tersebut, kehadiran Robbie dalam setiap acara menjadi tumpuan kerana aktres itu ‘menghidupkan’ semua fesyen-fesyen ikonik yang pernah ditampilkan dalam edisi patung Barbie.
Berikut enam fesyen Robbie yang diinspirasikan daripada busana yang pernah tersarung cantik di badan patung kesayangan kanak-kanak dan penggemar mereka, Barbie yang dikumpulkan oleh CNNStyle.
1. Enchanted Evening Dress
Robbie tampil di acara tayangan perdana di London dengan penampilan extravaganza berbanding sebelum ini.
Dia mencuri tumpuan dengan fesyen ikonik yang pernah ditampilkan dalam penampilan Barbie yang dirilis pada tahun 1960.
Ia adalah gaun yang digelar Enchanted Evening. Gaun yang diinspirasikan daripada penampilan tersebut dihasilkan oleh Vivienne Westwood.
2. Brunette Bubble Cut
Penampilannya di London juga sempat menarik perhatian apabila Robbie tampil dengan dress pendek warna merah yang diinspirasikan daripada penampilan Barbie pada tahun 1962. Ia dikenali sebagai Brunette Bubble Cut. Untuk penampilan di patung, busana tersebut sebenarnya adalah baju mandi namun direka menjadi dress pendek.
3. Solo in the Spotlight
Pada tayangan perdana yang berlangsung di Los Angeles, 9 Julai lalu, Robbie tampil anggun dengan gaun gemerlapan berwana hitam.
Ia adalah gaun hasil Schiaparelli yang diilhamkan daripada penampilan Barbie dengan nama Solo in the Spotlight. Ia adalah keluaran tahun 1960.
4. Totally Hair Barbie
Di Mexico, Robbie mengubah sedikit penampilan terutama sentuhan pada rambutnya untuk menjadi semirip penampilan ikonik Barbie yang pernah mencatat jualan tertinggi iaitu Totally Hair Barbie. Edisi ini dikeluarkan pada tahun 1992.
5. Day to Night Barbie
Ini penampilan Robbie yang tak kurang banyak diperkatakan. Day to Night Barbie yang dirilis pada tahun 1985 ‘dihidupkan’ kembali oleh Versace dengan sangat elegan dan manis.
6. Pink and Fabulos
Robbie juga tampil manis dalam persalinan Valentino yang digayakan dalam salah satu kehadirannya untuk mempromosi filem arahan Greta Gerwig tersebut.
Dress polkadot itu diinspirasikan dari penampilan Barbie dalam Pink and Fabulous yang pernah dirilis pada tahun 2015.