Laman Utama

'Confirm' Staf UPM! Pemandu Wanita Tular Maki Hamun Pemuda Tampil Mohon Maaf

Zulaikha Yusof
03/02/2021
23:30 MYT
Sponsor Banner
'Confirm' Staf UPM! Pemandu Wanita Tular Maki Hamun Pemuda Tampil Mohon Maaf
Pemandu wanita yang tular di media sosial gara-gara menghemburkan kata kesat terhadap seorang pemandu lain dalam satu perbalahan pada Selasa lalu disahkan bukan staf Hospital Serdang dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) seperti yang didakwa.
Wanita terbabit adalah salah seorang kakitangan Universiti Putra Malaysia (UPM).
Pengesahan itu dibuat menerusi sebuah kenyataan media yang dikeluarkan oleh insititusi berkenaan menerusi laman Facebook (FB).
"Universiti Putra Malaysia (UPM) ingin merujuk kepada isu reaksi seorang staf UPM yang dilaporkan bertengkar dengan pemandu jalan raya lain yang tular baru-baru ini.
"UPM memandang serius berkenaan hal ini dan ia adalah reaksi spontan peribadi beliau, dan tatakelakuan beliau sama sekali tidak mencerminkan sahsiah serta etika yang sepatutnya diterapkan oleh warga UPM.
"Sehubungan itu, perkara ini sedang dalam siasatan pihak UPM untuk tindakan selanjutnya," tulisnya.
Sementara itu, wanita terbabit yang dikenali dengan nama Dr. Bahariah Khalid tampil memohon maaf menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya, semalam.
"Jika saya salah, saya minta maaf. Jika saya betul, saya maafkan semua. Sebarkan positiviti,” katanya secara ringkas.
Terdahulu, pemilik akaun Twitter @Fadzmin nekad memuat naik video daripada rakaman papan pemuka (dashcam) yang memaparkan situasi di mana keretanya hampir dilanggar selepas pemandu wanita itu membuat pusingan U secara melulu. Lebih mengeruhkan keadaan, wanita terbabit mengamuk lalu mengeluarkan kata-kata kesat. Dengan raut marah, dia turut mendoakan agar lelaki itu dijangkiti Covid-19.
Twitter: @Fadzmin
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar