Laman Utama

Corat Coret GV8: Joget 'Pak Maun' Shidee, Perut Nikki Kena Tepuk & Seluar Ketat Tok Ram?

Hanafis Haris
03/01/2022
13:00 MYT
Sponsor Banner
Corat Coret GV8: Joget 'Pak Maun' Shidee, Perut Nikki Kena Tepuk & Seluar Ketat Tok Ram?
Konsert Gegar Vaganza lapan (GV8) minggu ketujuh menutup tirainya dengan penyingkiran penyanyi rock Bandi Amul.
Bertemakan 'Kelentang Kelentong’, Bandi hanya mampu memperoleh markah sebanyak 53.8%, sekali gus gagal meneruskan perjuangan pada minggu yang berbaki cuma tiga konsert.
Bandi yang menyanyikan lagu I Want To Break A Free (Queen) gagal memuaskan hati juri.
BACA: GV8: Intonasi Tak Berubah, Bandi Amuk Tersingkir Minggu Ke-7! Markah Tipis Dengan…
Namun, dalam pada tumpuan diberikan kepada Bandi, banyak sebenarnya yang berlaku di belakang tabir yang mungkin penonton di rumah terlepas pandang.
Berikut merupakan corat-coret GV8 konsert ketujuh.
#1 Masuk saja dewan, sudah terasa kemeriahan konsert ketujuh apabila kebanyakan peminat rancak bergaya. Ada yang bertanjak dan tidak kurang juga yang berkebaya! Cayalah!
#2 Entah mengapa, suhu pendingin hawa di Putrajaya International Convention Centre (PICC) kali ini sangat sejuk! Terdengar jua beberapa penonton yang mengeluh. Minggu depan pakai tebal-tebal okay!
#3 Satu dewan tergamam apabila Aliff Aziz memeluk seorang wanita pada penghujung persembahannya. Nasib baik wanita itu adalah isterinya sendiri, Bella Astillah. Fuh!
#4 Mungkin ada yang tidak perasan, Bandi Amuk sebenarnya hampir tergelincir pada ketika di pertengahan nyanyiannya. Perhatikan ketika Bandi menghampiri pemain muzik.
#5 Habis saja persembahan Bandi Amuk, Datuk Ramli MS atau Tok Ram terus bergegas keluar. Tidak pasti sama ada mahu buang air kecil atau kesejukan. Tok Ram kemudian masuk ke dalam dewan dengan memakai jaket.
#6 Peminat Nikki Palikat memang terbaik, setiap minggu ada saja gaya baharu mereka. Kali ini kesemua mereka tampil dengan tiara bercahaya merah jambu!
#7 Nabil Ahmad dan Jihan Muse nampak sangat terhibur ketika persembahan Shidee. Tersenyum sipu mereka daripada jauh. Terkesima barangkali selepas melihat Shidee berjoget ala 'Pak Maun'.
#8 Bunda Hetty Koes Endang agak terpinga-pinga daripada awal sehinggalah penghabisan persembahan Adibah Noor. Mungkin berbeza pandangan apabila Adibah menyuntik elemen dikir barat.
#9 Mungkin di kaca televisyen momen ini tidak begitu jelas, namun jika di dewan, hampir kesemua penonton terkejut apabila Hetty Koes Endang menepuk perut Nikki Palikat. Memang riuh dibuatnya!
#10 Tok Ram sekali lagi bergegas keluar sebelum bermulanya sidang media. Rupanya seluar yang Tok Ram pakai agak ketat!
Dihoskan oleh Jihan Muse dan Nabil Ahmad, GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
GV8 turut menampilkan Datuk Ramli MS dan mengembalikan Hetty Koes Endang serta Datuk Syafinaz Selamat sebagai juri tetap dan akan dibantu juri jemputan setiap minggu.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
Dalam pada itu, Program realiti Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) terbitan Astro Ria telah dinobatkan sebagai Program Muzik/Tarian Terbaik Asia di Asian Academy Creative Awards 2021 (AACA 2021) yang berlangsung di Singapura pada 3 Disember lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar