Laman Utama
Corat-Coret GV8: Vibe Ursula Adibah Noor, Nabil Ahmad Sebak & Kasut Roller SA.YA
Masih mengekalkan takhta juara mingguan, Aliff Aziz berjaya mengutip markah sebanyak 81% pada minggu kedua konsert Gegar Vaganza 8 (GV8).
Manakala, kumpulan trio Nico G pula berada di kedudukan terbawah dengan markah 52.9% selepas Datuk Fazley Yaakob berbekalkan markah sebanyak 56%.
Mengejutkan ramai apabila konsert minggu kedua masih tiada penyingkiran!
Namun, pasti ramai yang ingin tahu apa yang berlaku sepanjang konsert kedua yang disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
Jom, Gempak kongsikan corat-coret konsert pertama GV8.
1. Kehadiran penyokong dan audiens konsert kedua GV8 nampaknya lebih ramai berbanding minggu lepas. Full house!
2. Antara yang mencuri tumpuan adalah kehadiran usahawan sensasi, Datuk Seri Vida dengan bulu-bulu dan pelitup muka bling-bling.
3. Selain itu, bintang GV7, Ashira dan Bad Indigo hadir sama. Bad yang menggunakan kerusi dan alat bantuan khas nampak lebih kurus.
4. Persembahan Aweera tertangguh disebabkan set-up daun-daun kering dan buaian putih.
5. Penari wanita dalam music box Nico G terpinga-pinga ketika juri memberikan komen kerana tidak sempat turun dari kotak itu. Nabil suruh pura-pura tidur! Memang berdekah gelak masing-masing.
6. Hos GV8, Nabil Ahmad terkedu dan sebak ketika segmen Farm Fresh Kongsi Rezeki dengan anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat COVID-19. Sesekali nampak Nabil seperti mengelap air mata.
7. Ada 5 potret ketika nyanyian Laguku Untukmu oleh Datuk Fazley Yaakob iaitu arwah Nassier Wahab, Siti Sarah, Maya, Mamat Khalid dan bapa Fazley, Datuk Yaakob Mohammad.
8. Kumpulan duo SA.YA menggunakan kasut yang dilengkapi roller dan membolehkan mereka bergerak selamba jer kiri kanan pentas. Eh! Datuk Syafinaz pun kata nak juga minggu depan.
9. Tambah epik, satu dewan beri standing ovation buat kumpulan SA.YA!
10. Meremang bulu roma tengok persembahan live Aliff Aziz dengan nyanyian lagu Kasih Tak Sampai (Padi). Lain macam aura sekarang.
11. Selain #GegarVaganza8, #AliffAziz dan #AdibahNoor juga antara yang trending di Twitter.
12. Adibah Noor disamakan vibe dengan watak Ursula dari The Little Mermaid. "Confident in her skin and reasonable"
GV8 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) selama 10 minggu pada setiap hari Ahad, jam 9.00 malam.
Teruskan menonton GV8 yang dibawakan sekali lagi oleh Farm Fresh selaku Penaja Utama, disokong Adabi dan CUCKOO Healthy Home sebagai Penaja Bersama selain Digi selaku Telco Rasmi.
Rangkaian program GV8 akan mula bersiaran secara eksklusif menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) serta turut boleh diakses menerusi portal Gempak dan aplikasi Astro Go untuk pilihan yang lebih fleksibel.
Klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ yang akan disiarkan pada setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 petang bermula 15 November.
Bagi yang terlepas untuk menonton, program ‘Kompilasi Kapsul Gegar Vaganza S8’ akan disiarkan khas pada setiap hari Sabtu, jam 7.00 malam mulai 20 November 2021.
Untuk pengisian di platform digital, program ‘Gegar Vaganza Live Plus’ akan disiarkan secara serentak di www.gempak.com/gegarvaganza ketika berlangsungnya konsert mingguan ‘GV8’ bermula 21 November 2021.
#Viral
#Nabil Ahmad
#Corat-Coret
#Adibah Noor
#Yassin
#Saiful Apek
#Kasut
#GV8
#Gegar Vaganza 8
#Roller
#SA.YA
#Ursula