Laman Utama

“Counting Days To Be Your Wife” - Risteena Terharu Isa Khan Teman Buat Rambut, Beri Bayangan Bakal Nikah Bulan Ini

Azwa Rahman
01/03/2021
00:41 MYT
Sponsor Banner
“Counting Days To Be Your Wife” - Risteena Terharu Isa Khan Teman Buat Rambut, Beri Bayangan Bakal Nikah Bulan Ini
Pelakon Nur Risteena memberi bayangan akan menamatkan zaman bujangnya bersama kekasih hati aktor Isa Khan pada bulan Mac ini.
Menerusi laman sosial Instagram, Risteena berkongsi sebuah video sewaktu sedang memanjakan dirinya di sebuah salon rambut sambil ditemani kekasih hati.
Di samping itu, Risteena turut memberikan penghargaan kepada Isa yang setia menunggu dirinya selesai berdandan walaupun mengambil masa berjam-jam.
Counting days to be your wife @theisakhan. Sweetnya tunggu buat rambut for hours. Takde pergi mana-mana pun. Duduk diam je kat situ. Nanti lepas kahwin pun please macam ni okay!
“Cuba teka date wedding kitaorang. Kalau sapa betul, nak invite datanglah nanti. Cepat teka! Hehe. Hint: March,” tulis Risteena di ruangan kapsyen.
Meninjau ke ruangan komen, ramai wargamaya yang membuat tekaan tarikh pernikahan pasangan bahagia itu.
Malah, ada yang turut menitipkan doa agar urusan pernikahan Risteena dan Isa berjalan lancar.
21/3/2021,” komen seorang wargamaya.
14 Mac 2021, sebab tu birthday i,” kata seorang wargamaya.
Semoga dipermudahkan urusan nikah keduanya, selamat semuanya. Insyallah,” doa seorang wargamaya.
4 Mac 21, kalau diterbalikkan jadi 1234,” teka seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, video tersebut telah meraih hampir 100,000 tontonan daripada pengikutnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar