Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

COVID-19: "Angka Turun Seiring PM Turun Jawatan" - Kes Harian Menurun Sikit, Tapi Selangor Masih Kekal Tinggi

Amri Hassan 16/08/2021 | 08:50 MYT
Kes baharu COVID-19 yang dilaporkan di Malaysia pada Isnin menurun kepada 19,740 kes berbanding 20,546 pada Ahad.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi perkongsian data terkini jangkitan COVID-19 di laman Twitter, memaklumkan perkembangan baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara kini 1,424,639 kes.
Menurutnya, Selangor kekal merekodkan kes tertinggi dengan 5,706 kes diikuti Sabah (1,728), Sarawak (1,566), Kedah (1,592), Johor (1,510), Pulau Pinang (1,251), Kelantan (1,227), Kuala Lumpur(1,360) dan Melaka (1,120).
Perak pula mencatatkan 938 kes, Terengganu (688), Pahang (646), Negeri Sembilan (343), Putrajaya (43), Perlis (20), manakala Labuan dua.
Meninjau ruangan Twitter ramai yang memanjatkan rasa syukur atas penurunan kes jangkitan harian menjadi paras bawah 20,000 kes.
Malah, ada juga yang berseloroh penurunan itu selari dengan peletakan jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia.
"Amin, petanda yang baik. Turun sikit terkejut kot sebab nak dapat PM baharu.
"Abah letak jawatan, kes terus semakin menurun.
"Angka turun seiring dengan PM turun jawatan.
"Ada sedikit penurunan, semoga keadaan ini akan berterusan untuk hari-hari yang seterusnya," demikian ciapan beberapa pengguna Twitter pada Isnin.
#Viral #Netizen #Kematian #Malaysia #KKM #Jangkitan #COVID-19 #DG Hisham #Update #Varian #Delta
;