Laman Utama

COVID-19: GM Klang, Pasar Borong KL & Bazar Aidilfitri Jalan TAR Antara Lokasi HIDE, Berisiko Tinggi

Awani
08/05/2021
08:02 MYT
Sponsor Banner
COVID-19: GM Klang, Pasar Borong KL & Bazar Aidilfitri Jalan TAR Antara Lokasi HIDE, Berisiko Tinggi
Penyenaraian lokasi dan premis dalam sistem awaran awal Hotspot Identification for Dynamic Engagement (HIDE) dapat membantu masyarakat membuat rancangan perjalanan.
Justeru, orang ramai dinasihatkan supaya menangguhkan kunjungan ke lokasi dan premis yang disenaraikan dalam HIDE.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata, HIDE membolehkan intervensi awalan, iaitu satu tindakan wajar untuk mengelak kluster baharu.
Khairy dalam satu kenyataan yang dimuat naik di Facebook Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menjelaskan, penyenaraian lokasi serta premis itu amat penting dan wajar dilakukan.
Ia berikutan bilangan kes-kes baharu positif COVID-19 yang dilaporkan setiap hari kini berada pada tahap yang sangat membimbangkan.
Jelasnya, dalam tempoh tujuh hari yang lalu, sebanyak 23,712 kes baharu positif COVID-19 telah direkodkan.
Pada masa sama, kadar kemasukan pesakit COVID-19 ke unit rawatan rapi meningkat sebanyak 21 peratus, berbanding minggu sebelum ini.
Pada 4 Mei lepas, mesyuarat Majlis Keselamatan Negara bersetuju mengeluarkan senarai lokasi serta premis berisiko yang dikenal pasti oleh HIDE sebagai lokasi titik panas penularan COVID-19.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar