Laman Utama
COVID-19: Kes Kembali Melonjak! 8,084 Kes Dicatatkan Hari Ini
Jumlah kes baharu Covid-19 menyaksikan sedikit peningkatan hari ini.
Menerusi data dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia mencatatkan 8,084 kes berbanding 7,950 yang direkodkan semalam.
Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, data terbaharu itu menjadikan kumulatif kes mencecah 2,369,613 kes setakat ini.
"Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman https://covidnow.moh.gov.my," katanya dalam Twitter hari ini
Katanya, data akan dikemas kini setiap hari di laman COVIDNOW selepas tengah malam.