Laman Utama
COVID-19: Kes Melonjak Naik 9,117, 11 Angka Korban Hari Ini!
Jumlah kes harian COVID-19 pada Sabtu terus melonjak apabila 9,117 kes baharu direkodkan bagi tempoh 24 jam yang lalu.
Pertambahan kes baharu itu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes sejak pandemik di negara kini sebanyak 2,904,131 kes.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, COVID-19 juga meragut 11 nyawa berdasarkan data COVIDNOW setakat semalam.
Angka itu menjadikan jumlah kumulatif bagi kes kematian kini sebanyak 32,011 kes.
Daripada jumlah itu juga, sebanyak empat kes kematian Brought In Dead (BID) yang dilaporkan.
Sementara itu, Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Abu Bakar menjangkakan jangkitan COVID-19 akan terus meningkat mendadak dalam tempoh beberapa minggu lagi.Pada 5 Februari 2022, jumlah kes COVID-19 dilaporkan adalah 9,117 kes menjadikan jumlah kumulatif sebyk 2,904,131 kesPecahan setiap negeri (Kumulatif):Selangor - 2,490 (824,437)Johor - 901 (264,121)Sarawak - 42 (252,945)Sabah - 1,205 (251,645)WPKL - 584 (223,002)— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) February 5, 2022
Jangkaan itu berdasarkan kadar jangkitan yang tinggi daripada gelombang varian Omicron ketika ini.
"Setakat ini, keseriusannya adalah lebih rendah daripada (varian) Delta. (Namun) kekal berjaga-jaga. Dapatkan dos penggalak," katanya menerusi ciapan di Twitter, pada Sabtu.
Our cases will also rise sharply in the next few weeks. This is the highly transmissible Omicron wave. So far, severity is far lower than Delta. Stay vigilant. Get boosted. #TRIISSingapore reports 13,208 new COVID-19 cases, 6 deaths - CNA https://t.co/cARA5JkMsB— Khairy Jamaluddin ??? (@Khairykj) February 5, 2022
Must-Watch Video