Laman Utama
COVID-19 Kes Meningkat Lagi Ke 5,403...Sempadan Negeri Dengan Nilai Rt Lebih 1.00 Perlu Ditutup?
Kes baru COVID-19 terus mencatatkan peningkatan dengan sebanyak 5,403 kes dilaporkan untuk tempoh 24 jam lalu.
Jumlah tersebut menjadikan kes keseluruhan di negara ini mencecah 2,516,255 kes setakat ini.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kadar kematian juga merekodkan pertambahan 58 kes.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat yang lebih terperinci mengenai kes COVID-19, vaksinansi dan sebagainya di covidnow.moh.gov.my.
Sementara itu, BH Online hari ini melaporkan, kerajaan perlu menutup sempadan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan atau R-naught (Rt) COVID-19 melebihi 1.00.
Prof Kesihatan Komuniti, Pengurusan Hospital dan Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh menjelaskan, jangkitan aktif berlaku di kawasan rekod Rt yang meningkat.
Ia dikhuatiri melibatkan jangkitan varian berbahaya Delta dan memberi kesan buruk kepada golongan rentan, remaja serta kanak-kanak yang belum divaksin kerana mereka mudah dijangkiti.
"Memang diakui vaksinasi berjaya mengurangkan jangkitan COVID-19 ke tahap teruk, tetapi perlu difahami ia bukan menghalang jangkitan daripada terus berlaku dan pelbagai kemungkinan boleh terjadi kepada individu dijangkiti.
"Menurut kajian luar negara juga, imuniti seseorang boleh menurun selepas enam bulan divaksin dan dos penggalak diperlukan untuk meningkatkan kembali tahap imun seseorang.
"Bagaimanapun, ketika ini dos penggalak masih lagi di tahap awal memandangkan negara masih lagi belum mencapai populasi penuh divaksinasi," katanya seperti yang dipetik.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada hari ini melaporkan, tiga negeri masih mencatatkan bacaan Rt tinggi adalah Melaka (1.01), Putrajaya (1.06) dan Negeri Sembilan dengan 1.03 setakat semalam.
Sebelum itu, Putrajaya mencatatkan Rt paling tinggi dengan 1.11, Negeri Sembilan (1.02) dan Selangor serta Perlis mencatatkan rekod Rt1.01.
Orang ramai dinasihatkan untuk terus mematuhi dan menjaga prosedur operasi standard (SOP) dengan menjaga penjarakan fizikal, kebersihan tangan dan pelbagai langkah yang boleh mencegah penularan wabak berbahaya ini.
Dapatkan kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah undi artis kegemaran di AME2021? Klik banner di bawah untuk mengundi.