COVID-19: Makin Turun, 6,145 Kes Dicatatkan Hari Ini, Netizen Harap ‘Rombongan’ Ke Kampung Tak Bagi Kesan Negatif!
Jumlah kes baru positif Covid-19 di Malaysia hari ini menyaksikan penurunan agak ketara.
Menerusi kenyataan dikeluarkan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes hari mencatatkan 6,145 kes berbanding 7,509 kes semalam.
Menerusi satu hantaran di Twitter, Noor Hisham memberitahu jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah 2,384,542 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini adalah 2,390,687 kes.
Menurutnya, maklumat terperinci akan dimuat naik ke laman web covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemas kini selepas tengah malam.
Sementara itu menerusi pemantauan Gempak di Twitter, rata-rata bersyukur apabila kes harian semakin menunjukkan perkembangan positif.
Malah, ramai menarik nafas lega dan berharap ‘rombongan’ pulang ke kampung tidak memberikan kesan negatif terhadap negara.
Sehingga 17 Oktober 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 6,145 kes (2,390,687 kes).Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://t.co/aIQttvCbIPData setiap hari bagi laman COVIDNOW adalah dikemaskini sekaligus selepas tengah malam.— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) October 17, 2021