Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

COVID-19 : Viral Video Disyaki Berjudi Di Pusat Kuarantin MAEPS, Polis Akhirnya...

Hanafis Haris 21/01/2021 | 17:05 MYT

Polis kini mengambil tindakan dengan membuka kertas siasatan selepas ada pihak mendakwa ada sekumpulan pesakit COVID-19 berjudi di Pusat Kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), di sini baru-baru ini.

Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof.

Beliau berkata, satu laporan telah dibuat oleh anggota polis di Balai Polis Dato Abu Bakar Baginda.

"Kertas inkuiri telah dibuka untuk siasatan lanjut serta pemantapan pemeriksaan pesakit di MAEPS.

"Kita masih menunggu arahan Bukit Aman untuk mengklasifikasikan kes di bawah seksyen bersesuaian," katanya.

Untuk makluman, beberapa rakaman video sebelum ini tular di media sosial menunjukkan aktiviti segelintir pesakit COVID-19 berkumpul bermain daun terup hingga mengundang kecaman netizen.

Berdasarkan rakaman video tersebut, tiada wang diletakkan bersama, namun kelihatan paket makanan seperti biskut dan mi segera dipercayai dijadikan sebagai barang pertaruhan.

Setakat semalam, video itu telah mendapat perkongsian hampir 1,000 selain lebih 300 reaksi daripada pengguna akaun Facebook.

#Viral #Judi #MAEPS #COVID10
;