Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Cuaknya! Terperangkap Dalam Flight Ada Virus Membunuh... Ini 5 Fakta Tentang Filem Emergency Declaration

Amri Hassan 18/10/2022 | 13:29 MYT

Cuba bayangkan korang masuk dalam kapal terbang dan tiba-tiba ada pengganas biologi yang sebarkan virus yang boleh membawa maut.

Terperangkap dan berserah! Itu yang berlaku kepada 121 anak kapal dalam filem Korea, Emergency Declaration yang kini sudah boleh ditonton di Astro First (CH447)!
Filem aksi thriller itu dibintangi oleh pelakon hebat antaranya Lee Byung-hun, Im Si-wan, Seol In-ah, Kim Nam-gil, Song Kang-Ho dan ramai lagi.
Tapi sebelum menonton, jom Gempak kongsikan lima fakta menarik tentang filem Emergency Declaration.

1. Siap sebelum pandemik

Meskipun ditayangkan ketika dunia berjuang melawan pandemik COVID-19, filem itu sebenarnya telah dibikin lama.

"Emergency Declaration telah siap sejak 10 tahun sebelum COVID-19," kata penerbitnya, Han Jae-rim kepada Forbes.
Ketika filem itu dibikin, produksi merasakan naskhah berkisar tentang virus dan vaksin menjadi sesuatu perkara baharu kepada penonton.
Namun, situasi berubah sebelum filem itu ditayangkan, pandemik melanda dunia dan penonton mendapat gambaran jelas tentang virus dan vaksin.
"Saya sedih dengan situasi pandemik yang terjadi dan ingin menayangkan filem ini kepada orang ramai. Tapi mahu tak mahu harus mempertimbangkan banyak aspek sebelum ditayangkan," tambahnya.

2. Lee Byung-hun alami panic attack

Karakter Lee Byung-hun diperlihatkan menghidap aerophobia (ketakutan naik pesawat).

Namun hakikatnya, Lee Byung-hun juga pernah mengalami hal sama. Dia melalui serangan panik ketika berusia 20 tahun.
"Ketika saya dalam perjalanan ke Amerika Syarikat, saya alami panic attack pertama kalinya. Saya rasa akan meninggal dunia ketika itu.
"Saya tanya ada tak doktor dalam pesawat dan minta untuk mendarat, tapi mereka tak dapat melakukannya. Saya tak boleh bernafas.
"Sebagai orang yang tahu perasaan serangan panik itu, saya cuba untuk merealisasikannya sebaik mungkin," ujarnya kepada Korea Times.

3. Casting tanpa henti

Emergency Declaration boleh disifatkan filem yang dibarisi bintang kelas A, sementelah Lee Byung-hun dan Song Kang-ho sudah popular di Hollywood.

Tidak hanya mereka, pemenang BaekSang Arts Awards seperti Kim Nam-gil, Jeon Do-yeon dan Im Siwan turut membarisi filem itu.
Kata penerbitnya, proses casting berlanjutan ketika mencari watak penumpang dalam pesawat.
"Proses itu menjadi audition yang tak terkira jumlahnya. Saya ingin semua penumpang nampak seperti orang yang kita sering temui dan lihat dalam kehidupan seharian.
"Selain memilih wajah, kami menitikberatkan lakonan. Itu sebabnya kami perlukan waktu lama untuk pemilihan pelakon," ujarnya kepada Korea JoongAng Daily.

4. Pakai model boeing 777

Salah satu adegan paling mendebarkan adalah babak kekacauan dalam pesawat ketika juruterbang utama dijangkiti virus dan mula hilang kawalan sebelum jatuh menjunam.

Set itu sebenarnya dibuat menggunakan model awal boeing yang diterbangkan dari Las Vegas ke Korea Selatan.
"Kami telah merencanakan semuanya dengan kru produksi dari Amerika Syarikat. Kerana iut adalah skala yang belum pernah dibuat, membina set sebesar pesawat untuk berputar. Namun, semuanya gagal ketika awal pandemik," kata Han Jae-rim.
Produksi kemudiannya berbincang semula untuk menggunakan teknik kesan visual khas dan membina set seperti yang diinginkan.
"Kami harus membina satu set pesawat yang boleh berputar 360 darjah untuk menggambarkan realiti.
"Kami sedar akan keselamatan pelakon dan kru, jadi kami menggunakan tiga tali pinggang keselamatan untuk menguji set dan perlahan-lahan membiasakan mereka dengan situasi berputar," tambahnya.

5. Sinematografer masuk set

Han Jae-rim menyatakan adegan turbulen dan aksi tanpa henti di dalam pesawat sangat sukar untuk direalisasikan sekiranya pasukan produksi berada di dalam set.

"Jarak antara kerusi sangat sempit dan membuatkan pelakon susah untuk bergerak atau kru masuk ke dalam pesawat.
"Jadi, untuk menggambarkan situasi bencana, kami membina satu set gimbal. Demi realiti, sinematografer masuk ke dalam set dan merakamkan setiap karakter dengan kamera genggam," katanya kepada Korea Times.
Jadi, kalau korang nak lebih faham dan merasai sendiri ketakutan, gementar, marah dan kesedihan itu, jom tonton Emergency Declaration di Astro First (CH477) mulai 8 hingga 23 Oktober 2022.

#Filem #Astro First #Korea #Emergency Declaration #Im Si-wan #Kim Nam-gil #Lee Byung-hun #Seol In-ah #Song Kang-Ho
;