Laman Utama

Cuba Rogol Gadis Dalam Tandas Stesen Minyak, Polis Berpangkat Konstabel Ditahan

Izwan Isa
19/06/2023
04:50 MYT
Sponsor Banner
Cuba Rogol Gadis Dalam Tandas Stesen Minyak, Polis Berpangkat Konstabel Ditahan
Seorang anggota polis berpangkat konstabel ditahan selepas disyaki cuba merogol seorang gadis dalam tandas sebuah stesen minyak di sini pada Sabtu.
Kejadian sekitar jam 2.30 pagi itu berlaku di sebuah stesen minyak di Jalan Tun Abdul Razak melibatkan mangsa warga tempatan berusia 19 tahun.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, anggota berusia 23 tahun bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah itu ditahan selepas menerima laporan daripada mangsa.
BACA: Bapa Ditikam 26 Kali Selepas Selamatkan Anak Yang Jadi Mangsa Rogol
"Polis berjaya mendapatkan perintah reman terhadap suspek selama lima hari bermula hari ini (Ahad).
"Kes disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan kerana cubaan merogol," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.
Beliau berkata, kertas siasatan kes berkenaan sedang dikemas kini dan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk cadangan pertuduhan.
BACA: Kes Rogol Di Malaysia Membimbangkan, Tony Eusoff Harap Lebih Banyak Karya Seperti Drama Liar - "Saya Rasa Sudah Tiba Masanya..."
Katanya, polis memandang serius terhadap integriti dan tingkah laku anggota serta pegawai tanpa berkompromi terhadap sebarang salah laku dilakukan.
"Orang awam juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi terhadap kes berkenaan kerana dikhuatiri akan menjejaskan siasatan polis," katanya.
Sumber: Sinar Harian
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar