Hiburan
"Cuba Teka Baby Boy Atau Baby Girl" - Rosma Minta Netizen Teka Jantina Anak
Penyanyi Rosma meminta netizen untuk meneka jantina bayi yang berada dalam kandungannya.
Perkara itu dikongsi Rosma menerusi sebuah entri di akaun Instagram miliknya buat tatapan umum.
"Cuba teka baby boy ke baby girl," tulisnya ringkas sebagai kapsyen.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen cuba meneka jantina bayi tersebut dan mendoakan kesihatan kandungan Rosma.
"Congratulations Khai dan Rosma, macam baby boy je tu.
"Tahniah Khai dan Rosma, semoga sihat selalu.
"Wah..Tahniah! Baby boy kot," tulis netizen.
Pasangan selebriti ini mula mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan telah dikurniakan dua orang cahaya mata sebelum kehamilannya kali ini.