Viral
Cubaan Gagal! Karipap Kicap, Donut Sakit Kulit & Ikan Singgang Rentung Antara Hiburan 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni'
Sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama lebih sebulan, pastinya ramai yang mencuba skil masakan sendiri di rumah.
Ada yang menjadi dan tak mustahil juga yang gagal!
Namun, seperti kata pepatah, nak seribu daya tak nak seribu dalih, kalau kita terus usaha mesti akan memperoleh hasil yang diinginkan.
Cuma apa yang mencuit hati apabila ada antara pengguna Facebook yang mencipta page 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni' yang sudah mulai tular sejak beberapa hari lalu.
Dalam page terbabit, pengguna berkongsi pelbagai juadah gagal yang dimasak sendiri di rumah masing-masing.
Pelbagai rupa bentuk hidangan lucu yang tidak menjadi dikongsikan pengguna antaranya karipap masak kicap, donut saki kulit dan ikan singgang rentung.
Semuanya ada cerita tersendiri.
Apa kata anda layan gelak dalam page 'Masak Apa Tak Jadi Hari Ni' atau anda sendiri kongsikan pengalaman anda bersama semua ahli lain.
Pastikan anda selalu mencuci tangan, pakai topeng muka, gunakan 'sanitizer', kurangkan aktiviti di luar rumah serta lakukan semua perkara yang boleh mencegah COVID-19!