Laman Utama

CUCKOO Bawakan Lee Minho & Siti Nurhaliza Di Atas Satu Pentas

Shahrin Zulkifle
10/09/2022
03:57 MYT
Sponsor Banner
CUCKOO Bawakan Lee Minho & Siti Nurhaliza Di Atas Satu Pentas
Bintang popular Korea Selatan, Lee Minho dan penyanyi tersohor negara, Datuk Sri Siti Nurhaliza bakal tampil dalam konsert ulang tahun produk jenama Pencipta Kediaman Sihat (Healthy Home Creator), CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International).
Konsert yang diberi nama Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th itu bakal berlangsung pada 1 Oktober depan bertempat di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Penghargaan Untuk Peminat

Pengasas yang juga merangkap Ketua Pegawai eksekutif CUCKOO International, Hoe Kian Choon berkata penganjuran konsert tersebut diadakan sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggannya.
“Dalam situasi pandemik yang terkawal ini, kami berasa ini adalah masa yang tepat bagi kami untuk menganjurkan sebuah konsert untuk meraihkan semangat teguh rakyat Malaysia dalam menentang pandemik.
“Selain daripada itu, konsert ini juga diadakan bagi memberi penghargaan atas sokongan CUCKOO Family, pelanggan-pelanggan dan peminat-peminat kami selama ini.
“Tiadanya anda, tiadanya CUCKOO. Dengan itu, konsert ini boleh dikatakan bukan sekadar konsert ulang tahun sahaja, tetapi ia juga merupakan sebuah konsert penghargaan dan merupakan sebuah hadiah dari kami kepada semua. Kami tidak sabar untuk berjumpa dengan anda,” katanya.

Artis Popular Lain

Selain Lee Minhoo dan Siti Nurhaliza, konsert tersebut turut menampilkan barisan penyanyi popular tanah air yang lain seperti Aina Abdul, Hael Husaini, DOLLA, Datuk Jamal Abdillah, Misha Omar, Floor 88, Naqiu, Amelina, Khai Bahar, Kmy Kmo dan Luca Sickta bagi menggegarkan lagi pentas konsert CUCKOO.

Lee Minho Duta Baharu

Terdahulu, CUCKOO International telah melantik Lee Minho sebagai duta jenama terbaharunya di samping mengekalkan Datuk Sri Siti Nurhaliza sebagai dutanya bagi mewakili CUCKOO untuk #SAMASAMA memberi inspirasi kepada orang ramai untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

Tiket Konsert

Peminat boleh mendapatkan tiket Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th dengan menyertai peraduan CUCKOO Appreci8th sebelum 14 September 2022 atau boleh dimenangi menerusi peraduan dan aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh rakan media rasmi konsert iaitu Era, Gegar, Sinar, and Zayan fm.
Maklumat lanjut tentang Konsert Ulang Tahun CUCKOO Appreci8th Anniversary Concert boleh layari terus ke https://www.cuckoo.com.my/appreci8th .
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar