Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Cucu Ajak Masuk Kedai Permainan, Netizen Bergurau Minta Ismail Sabri Bersedia - “Gaji Atuk Sebulan Gone”

Azwa Rahman 27/09/2021 | 10:45 MYT
Anak kepada pasangan Datuk Jovian Mandagie dan Datin Nina Ismail Sabri, Jeanelle Nika Mandagie mencuri perhatian ramai apabila mengajak datuknya, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memasuki sebuah kedai permainan.
Menerusi laman sosial Instagram, Jovian berkongsi momen lucu datuk dan cucu tersebut untuk tatapan umum.
“Bila Miss Lim masuk toy shop, good luck Atuk,” tulis Jovian di ruangan kapsyen.
Menerusi perkongsian itu lagi, Jeanelle yang dipimpin oleh datuknya memasuki kedai permainan di dalam sebuah pusat membeli-belah dan kemudiannya mengambil satu permainan yang berkenan di hati.

A post shared by Jovian Mandagie (@jmandagie)

Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya terhibur melihat aksi Jeanelle yang memilih permainan sambil ditemani oleh datuknya.
Tidak kurang juga ada yang memberikan pujian kepada penampilan Ismail Sabri yang santai dengan hanya memakai selipar untuk keluar berjalan-jalan.
Kesayangan atuk tu. No worries atuk payung semua,” kata seorang wargamaya.
Takpe la tu cucu sorang duit banyak beli je,” usik seorang wargamaya.
Relaks je Perdana Menteri pakai selipar, sempoi,” komen seorang wargamaya.
Insyallah atuk kalau cucu nak okay je. Cuba anak yang mintak, kena jawab soalan macam SPM dulu,” ujar seorang wargamaya.
PM yang sempoi pakai selipar je keluar jalan-jalan,” puji seorang wargamaya.
Wahh, princess dah pandai paw atuk ye,” komen seorang wargamaya.
One month atuk salary gone,” usik seorang wargamaya lagi.
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 20,000 tanda suka daripada wargamaya.
Sekadar info, Jovian dan Nina berkahwin pada 11 Disember 2013 di Balairong Seri Istana Negara Lama dan menjadi pasangan pengantin pertama yang melangsungkan perkahwinan di sana sebelum ia dibuka secara rasmi kepada orang ramai.
#Ismail Sabri Yaakob #Jeanelle Nika Mandagie #Cucu Perdana Menteri
;