Hiburan
“Cukup-cukuplah Kri…Mak Dah Komen Secara Video Pun Kau Buat Lagi” – Ibu Aliff Syukri Berang!
Semalam tular di media sosial video ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri iaitu, Rozita Ibrahim yang menegur secara terbuka kedegilan anak lelakinya itu.
Menerusi video tersebut Rozita atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita, mahu Aliff berhenti menagih perhatian ramai dengan aksi memalukan keluarga selepas anaknya itu memuat naik video mengeluarkan air mata darah.
Rozita juga mahu anaknya menumpukan perhatian kepada perniagaan kerana tidak berbakat sebagai penyanyi, tambahan lagi selepas mendengar single terbaru Aliff, Ingin Bahagia yang dikongsi di laman sosial Instagram (IG), semalam (Rabu).
Dalam video berdurasi dua minit 29 saat yang dimuat naik Rozita di IG, wanita tersebut memohon maaf kepada anaknya kerana terpaksa berkongsi rakaman berkenaan.
Rozita berkata, dia malu dituduh tidak pandai menjaga anak, sedangkan sudah beberapa kali menegur usahawan tersebut supaya berubah.
“Buruk anak, orang tak cakap kau buruk, orang cakap aku. Orang cakap mak yang tak pandai jaga anak.
“Mak bukan tak ajar, tak ada mak yang nak anak dia musnah... Tak ada. Mak rasa mak dah tarbiah kau dengan cara paling lembut, jagalah maruah kerana kebaikan kamu Syukri adalah kebaikan mak. Keburukan kamu Syukri adalah keburukan mak,” katanya kesal.
Bagaimanapun Aliff telah mengemaskini IGnya dengan memuat naik posting terbaru dengan menulis kapyen meminta kekuatan daripada yang maha Esa.
Katanya dia hanya mahukan kebahagiaan dan kekuatan.
Posting tersebut kemudiaannya mendapat perhatian Rozita yang berang kerana anaknya itu tidak mengendahkan nasihat diberikan.
“Cukup-cukuplah Kri!!! Mak dah komen secara video pun kau buat lagi kan…Kau delete sekarang…Kau suka orang cakap bukan-bukan,” tulisnya sambil meninggalkan emotikon api.
Rata-rata netizen bersetuju dengan Rozita dan meminta Aliff mendengar nasihat ibunya.