Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Cukuplah Kak Long Je Gagal Dalam Perkahwinan” - Ucapan Ulang Tahun Bella Buat Kekasih Adik Bikin Netizen Sebak

Umirah Halim 22/05/2024 | 00:05 MYT

Sepotong video yang memaparkan pelakon, Bella Astillah membuat ucapan sempena ulang tahun kekasih adiknya, Didie Astillah iaitu Diniey berjaya mencuri tumpuan netizen.

Bella wish ulang tahun

Menerusi video yang dimuatnaik di TikTok itu, Bella memaklumkan bahawa dia gembira adiknya mendapat seorang lelaki yang penyabar.

Apa yang lebih membuat netizen sebak apabila Bella menitipkan kata-kata harapan supaya adiknya, Didie tidak mengharungi perkara yang sama sepertinya di alam perkahwinan kelak.

“Kak long (Bella) happy sebab Didi dapat lelaki yang sabar, sebab Kak Long kenal adik macam mana, dia jenis yang panas baran.

“Tapi Diniey boleh sabar, cuma kak long harap jangan sebelum kahwin je lah dan jangan pernah berubah sebab cukup lah Kak long je gagal dalam perkahwinan, kak long tak nak adik kak long lalui benda yang sama,” ucap Bella sebak.

undefined

Sementara itu, Bella turut memberi nasihat kepada kekasih adiknya itu agar menjadi lelaki yang setia dan menghormati keluarganya.

“Kak long tak minta Diniey jadi lelaki yang terpaling kaya, cukup lah setia, sayang dan hormat keluarga kak long,” tambah Bella.

Komen netizen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen rata-rata netizen turut sebak dengan ucapan yang diluahkan Bella itu.

“Nangis pulak dengar ucapan Bella.

“Birthday diniey tapi kenapa aku yang nangis bila tang kaklong yang wish.

“Bella trauma takut benda yang sama terjadi dekat adik dia we feel you Bella.

“Sedihnya Bella.

“Tiba-tiba sebak masa dengar ucapan Bella buat bakal adik ipar dia,” komen beberapa netizen.

Berita Trending: Bella Seorang Mudah Dipujuk - “Bagi Bunga Terus Saya Okay”

Berita Trending: “Beraninya Buat Fitnah!” - Didi Astillah Berang Dituduh Pernah Bercinta Dengan Aliff Aziz
#Birthday #Bella #Astillah #Wish #Didi Astillah, #Diniey #Ng
;