Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Cukuplah Merana, Apa Guna Setia Kalau Dikhianati”- Netizen Sokong Puteri Sarah Bercerai, Siap Doa Semoga Dipermudahkan Urusan

Mya Amri 14/01/2023 | 05:45 MYT
Keputusan pelakon, Puteri Sarah Liyana mahu memfailkan penceraian dengan suaminya, pengarah, Syamsul Yusof, mendapat reaksi positif netizen.
Rata-ratanya bersetuju dengan pendirian Sarah yang menganggap mahligai perkahwinannya sudah hampir menemui titik noktah.
Walaupun Syamsul menyuarakan hasrat untuk berdamai dengannya namun Puteri Sarah teguh dengan prinsipnya iaitu tidak rela dimadukan.
BACA: "Mohd Syamsul, Saya Minta Lepaskan Saya" - Puteri Sarah Tak Rela Dimadu
Malah menerusi platform media sosial juga, rata-rata netizen menyatakan bahawa Puteri Sarah berhak menemui kebahagiaannya sendiri.
Malah netizen juga turut mendoakan agar segala urusan penceraian Puteri Sarah kelak dipermudahkan.
“Puteri Sarah dan anak-anak berhak untuk bahagia. Empat tahun bersabar, bertenang, bertabah… Apalah guna bertahan lagi kalau tak dihargai. Apalah guna setia kalau dikhianati. Ciptalah bahagia cara sendiri semahumu, asalkan berlandaskan Al-Quran dan hadis.
"Mudah-mudahan perpisahan menjadi asbab kebaikan dan kebahagian untuk Puteri Sarah dan anak-anak. Walaupun bercerai itu perkara halal yang dibenci/dimurkai Allah…
"Hanya yang memikul sahaja yang lebih tahu berat bebannya berbanding mata yang memandang. Semoga dipermudahkan segala urusan,” luah netizen.
“Puteri Sarah pun manusia, perlukan kebahagian. Daripada bersama tapi tak bahagia buat apa. Biarlah dia cari kebahagiaan dia. Tak apa, hubungan bapa mentua dengan menantu sampai akhir hayat tak putus,” komen seorang lagi netizen.
Terdahulu, selepas Puteri Sarah meluahkan hasrat untuk bercerai, bapa mentuanya, Datuk Yusof Haslam berharap menantunya itu menimbang semula keputusannya.
Yusof bagaimanapun menaruh harapan agar perceraian anak dan menantunya itu tidak akan berlaku.
BACA: Yusof Haslam Mohon Puteri Sarah Timbang Semula Keputusan Cerai
Jumaat lalu, Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri.
BACA: Syamsul Yusof Mengaku Nikahi Ira Kazar Di Thailand
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga kini.
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.
#cerai #Syamsul Yusof #Netizen #Puteri Sarah
;