Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Cuma Makan Salad & Kek, Pelayan Dedah Bil Kim Kardashian Cecah Ribuan Ringgit

Maliah Surip 20/07/2022 | 14:49 MYT

Seorang pelayan di sebuah restoran di Queensland, Australia baru baru ini bukan sahaja terkejut kerana melayan pesohor Kim Kardashian di tempat kerjanya, tetapi dia juga menunjukkan bil dan menu makanan yang dipesan wanita itu.

Pelayan yang diketahui bekerja di restoran dikenali Piccolo Cucina mendakwa bil makanan yang dipesan Kim untuk ‘rombongannya’ itu juga mencecah ribuan ringgit, dengan dia turut mendapat tips yang lumayan.
Apa yang menarik perhatian adalah menu yang dipesan oleh kekasih Pete Davidson itu bersifat ringan atau menu diet. Namun, harga keseluruhan pesanan makanan termasuk salad, piza dan kek itu melebihi nilai RM2, 000.
“Ambil pesanan dari Kim K hari ini. Terima kasih tips yang diberi,” kongsi pelayan tersebut dalam akaun Twitternya, lapor DailyMail.uk.
Bersama cuitan tersebut, pelayan itu mempamerkan bil bernilai. RM2,600 ($576).
Ia merangkumi harga empat pinggan salad, dua piza, dua pinggan hidangan ikan serta kek coklat.
“Kim K diet starter pack (menu diet Kim K),” tulisnya juga bercanda.
Kim, 41, diketahui berada di Australia untuk meluangkan masa dengan kekasihnya yang sedang berehat dari projek filem terkininya, Wizards.
Padahal satu sumber mengatakan Kim memastikan percutian singkatnya ke sana untuk bersama kekasih diatur rapi supaya ‘tidak dihidu’ umum.

#Viral #Kim Kardashian #Australia #Makanan #Mahal #Pete Davidson #Food #Piccolo Cucina
;