Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Cute Betul Birthday Celebration Anak Tony Fernandes Ikut Adat Korea, Siap Pakai Hanbok Lagi!

Izwan Isa 14/09/2022 | 15:20 MYT
Sambutan hari jadi pertama anak kedua CEO syarikat penerbangan AirAsia, Tony Fernandes iaitu Aliyah Ena Fernandes menyorot perhatian netizen.
Menerusi perkongsian Tony di Instagram, hari jadi anaknya itu disambut sederhana mengikut adat Korea dengan memakai pakaian tradisional Korea iaitu Hanbok.
Tidak hanya Aliyah seorang disarungkan pakaian tradisional Korea itu, malah mereka seisi keluarga turut mengenakan Hanbok dengan rona lembut.
“Selamat hari jadi kepada anak saya yang super cute smart Aliyah. Here’s to a great life ahead for you,” Tony menitipkan ucapan buat puteri keduanya itu.

A post shared by Tony Fernandes (@tonyfernandes)

Di Korea, hari lahir pertama bayi yang baru lahir dianggap sebagai peristiwa yang sangat penting dengan makna yang signifikan. Warga Korea merujuknya sebagai Doljanchi.
Selain menyanyi ‘selamat hari jadi’ dan meniup lilin, terdapat juga adat khas semasa perayaan Doljanchi di mana mereka menggunakan objek untuk meramal masa depan kanak-kanak itu, yang dipanggil Doljabi (돌잡이).
Sama seperti maksud perkataan itu, semasa aktiviti doljabi, kanak-kanak akan memilih satu atau dua objek di antara pelbagai pilihan yang masing-masing mewakili makna yang berbeza.
Objek yang mereka pilih pertama atau kedua dipercayai 'mungkin' mewakili kerjaya masa depan mereka.
Melihat kepada gambar daripada perkongsian Tony di Instagram, baby Aliyah memilih mikrofon sambil merenung tajam ke arah bapanya.
Rata-rata cuba meneka kerjaya yang dipilih oleh baby Aliyah di ruangan komen. Ada juga yang tertarik melihat kecomelan baby Aliyah.
Tony Fernandes mendirikan rumah tangga bersama Chloe Kim yang berasal dari Korea Selatan pada Oktober 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aliyah Enan Fernandes (1 tahun). Untuk rekod, perkahwinan terdahulu Tony dikurniakan dua cahaya mata.
Sumber: Pa&Ma
#Tony Fernandes #Aliyah Ena Fernandes
;