Hiburan

Cyber Bully dan Difitnah, Azharina Bagi Amaran!

Fiza Kamarudin
16/06/2020
13:51 MYT
Sponsor Banner
Cyber Bully dan Difitnah, Azharina Bagi Amaran!
Penyanyi Azharina memberi amaran kepada seorang pengguna media sosial ‘John Henry’ supaya menghentikan buli siber dan fitnah dilemparkan terhadapnya.
Azharina berkata, dia tidak teragak-agak untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pemilik akaun tersebut sekiranya masih memaki hamun dirinya dirinya dan keluarga di media sosial.
Katanya, dia juga akan membuat laporan polis selepas dinasihatkan untuk berbuat demikian oleh kelab peminat Azharina Angels dan keluarga.
“Pada John Henry, hentikan Fitnah dan cyberbully kamu . Atas nasihat Fanclub Nina, Azharina Angels dan keluarga Nina, Nina akan buat laporan polis dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang pada kamu dan lain -lain orang yang menghina dan memaki hamun Nina juga keluarga Nina di sosial media,” tulisnya menerusi sebuah posting di Facebook.
Terdahulu, kisah memakai beg sekolah berjenama Prada yang dibeli di 'bundle' dan gedung beli-belah Parkson di Miri ditutup bagi membolehkan dia bersama adiknya membeli-belah mengundang kritikan warganet.
Azharina turut berkongsi posting mengenai seorang individu menggunakan nama Dewi Efian Iskandar yang memuat naik status menyindir dirinya seorang ratu bundle dan pembeli barangan tiruan.
Penyanyi lagu Elegi Sepi dikatakan sengaja bermegah dan ingin mempamer sisi hidupnya yang dianggap mewah selepas artikel mengenai kenangan ketika zaman kecilnya ditulis sebuah portal hiburan
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024