Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Dah 10 Tahun Video Ni Tersimpan” – Rindu Abang Wish Birthday, Aril ‘Tengok’, Dengar Suara Arwah Izwan Pilus

Mya Amri 05/11/2020 | 13:10 MYT
Penyanyi Aril Pilus meluahkan rasa rindu terhadap arwah abang kesayangannya, Izwan Pilus.
Mengimbas kembali momen bersama abangnya, Aril berkongsi video pendek yang merakamkan arwah Izwan memberikan ucapan hari jadi kepadanya.
Video tersebut dimuat naik Aril menerusi posting terbaharu di akaun Instagramnya hari ini.
Menurut Aril, momen itu dirakamkan sewaktu sambutan ulang tahun hari jadinya yang ke-25.
“Dah 10 tahun video ni tersimpan, terima kasih put sudi simpan video ni dalam laptop, ucapan ulang tahun saya yang ke-25 tahun yang di ucapkan oleh #Allahyarham #IzwanPilus.
“Terima kasih abang Wan, dengan ini secara rasmi semua orang tahu ‘nama gelaran’ yang arwah pak long bagi dekat aku, En Lop! Hahahah.
“Terima Kasih semua atas ucapan ulang tahun saya yang ke 35 tahun, semoga anda semua dilindungi dan dirahmati Allah S.W.T. Amin,” coretnya.

Dah 10 tahun video ni tersimpan, terima kasih put sudi simpan video ni dlm labtop, ucapan ulangtahun saya yg ke 25thn yang di ucapkan oleh #Allahyarham #IzwanPilus ??? terima kasih abg wan, dengan ini secara rasmi semua org tau “nama gelaran” yang arwah paklong bagi kat aku ??? En Lop! Hahahah~ . Terima Kasih semua atas ucapan ulangtahun saya yg ke 35thn, semoga anda semua dilindungi dan dirahmati Allah swt.. amin

A post shared by The Official Aril AF™ (@arilpilus) on

Menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya juga turut meluahkan rasa rindu dengan Allahyarham.
Selain memberikan ucapan ulang tahun kepada Aril, pengikutnya juga mengirimkan doa dan bacaan Al-Fatihah buat arwah.
“Selamat hari lahir Aril... Rindu Izwan Pilus, seorang yang humble, suara sedap, kacak, lagu best... Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman... Al-Fatihah…” tulis @nor_ryya.
“Happy Birthday Ajam… Semoga panjang umur dimurahkn rezeki, hidupnya dilimpahkn dengan kebahagiaan yang berpanjangan, barakah dan rahmatnya setiap masa...
"Amin… Amin… Amin… Ya Rabbal A'lamin. Rindunya kat arwah Abang Wan tak pernah terpadam. AL FATIHAH (dibaca). Semoga syurga buatnya. Insya-Allah,” komen @ ayda.aura.
Terdahulu, Allahyarham Izwan Pilus menghembuskan nafas terakhir pada 20 Januari 2012 disebabkan jangkitan kuman dalam darah.
#Aril Pilus #Izwan Pilus
;