Laman Utama

“Dah 6 Hari, Hilang 4kg..” - ‘Telan’ Belon Air, Anju Puas Hati Berat Badan Menurun

Azwa Rahman
07/07/2022
01:59 MYT
Sponsor Banner
“Dah 6 Hari, Hilang 4kg..” - ‘Telan’ Belon Air, Anju Puas Hati Berat Badan Menurun
Pelakon Zarina Anjoulie memaklumkan berat badannya kini sudah menurun sebanyak 4 kilogram (kg) dalam masa 6 hari selepas menjalani prosedur instagastric balloon bagi mengurangkan berat badan.
Menurut Zarina atau lebih dikenali sebagai Anju, dia mengamalkan pemakanan sihat untuk menjaga kesihatan dirinya memandangkan umurnya yang sudah mencecah 35 tahun.
“Just nak update hari ke-6 i lost 4kg dah. Nak turun berat badan tak susah sebenarnya nak maintain and sustain yang payah.
“6 hari lalu anju pasang balloon dalam perut dan so far anju puas hati dengan progress nya. Tapi kita sendiri la kena usaha dan disiplin, betul tak?
“Belah saya, saya kena makan sihat. Jaga makan ni bukan sebab nak cantik bagai dah. Cantik tolak tepi, ni sebab nak jaga kesihatan.
“Umur dah 35 tak boleh makan beria macam umur 20-an, kena sedar diri dah. Cut sugar takut kang kencing manis pulak,” jelasnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Pemilik nama sebenar Zarina Anjoulie Lavocah Mohd Faizul itu turut memuat naik foto terkini fizikalnya untuk tatapan umum.
Jelasnya lagi, dengan keadaan keluarganya yang mempunyai sejarah diabetes, dia memutuskan untuk mengamalkan kehidupan yang sihat.
“Dah la sejarah keluarga memang ada kencing manis tapi kalau dapat slim cantik tu bonus la kan alhamdulillah.
“Ramai cakap ala work out la boleh diet sendiri bla bla yes Anju tau memang betul apa awak cakap tu.
“Tapi nak buat camna janda malas. So i pilih la cara ni itu pun sebab partner kita belanja buat balloon ni kalau tak takda makna saya nak spend RM18k.
Awal minggu lalu, Anju berkongsi video melakukan prosedur tersebut di akaun Instagram miliknya.
Pakar batriatrik Datuk Dr Nik Ritza Kosai Nik Mahmood memberitahu intragastric balloon mampu menyebabkan pemakainya berasa kenyang dan sekaligus mengurangkan berat badan.
Tambahnya lagi, belon berkenaan akan berada dalam perut selama sekitar empat bulan dan akan kempis sendiri apabila tiba masanya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar