Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dah 8 Tahun Berlakon, Octovia Manrose Menyanyi Pula - "Kolaborasi Pertama Saya Dengan Bima Sakti..."

Fiza Kamarudin 10/03/2021 | 04:45 MYT
Pelakon Octovia Manrose kini melebarkan sayap seninya ke bidang nyanyian selepas lebih lapan tahun bergelar pelakon.
Octovia berkata, dia mahu membuktikan kepada semua bakatnya bukan untuk dipersia-siakan dan mampu menyanyi dengan baik,.
Untuk pengenalan, Octovia berkolaborasi dengan kumpulan Bima Sakti menerusi lagu Biar Aku Simpan.
"Kalau nak diikutkan dah lama saya menyanyi sebab inilah minat saya. Tetapi saya tak yakin samada sudah betul-betul bersedia atau belum.
“Lepas tu saya fikir, buat apa terburu-buru. Jadinya saya explore bidang nyanyian, timba ilmu dan cari pengalaman kerana rasa belum cukup bersedia.
“Saya tak mahu menyanyi macam melepaskan batuk di tangga. Biarlah ada ilmu atau serap pengalaman orang lain, baru saya berani keluar dari zon selesa.
"Menerusi projek kolaborasi dengan Bima Sakti pun saya banyak timba pengalaman dan belajar teknik tertentu fasal muzik," katanya yang pernah merakamkan lagu 'filler' untuk beberapa buah drama.
Projek lagu Biar Aku Simpan diterbitkan Life Records dan telahpun dilancarkan pada 5 Mac lalu.
Tambah kakak kepada pelakon Aprena Manrose ini, Jim Bima Sakti yang membuka peluang kepadanya untuk bergelar penyanyi.
"Tak sangka sebab Jim dah banyak terbitkan lagu untuk artis seperti Khai Bahar, Sheryl Shazwanie dan Azzam Sham.
"Memang saya pernah bekerja dengan Jim tetapi hanya merakamkan lagu demo untuknya. Tetapi bila Jim lamar saya untuk membuat penampilan dalam lagu Biar Aku Simpan, saya sahut cabaran!
“Lebih-lebih lagi selepas mendengar lagu tersebut dan saya sendiri menyukai bahagian korus yang sangat melankolik," katanya.
Ibu tunggal anak satu dengan nama penuh Wan Syamira Putri Oktovia Wan Syahman ini juga turut menjadi model video muzik karya sama.
Artis di bawah pengurusan Absolut Talent & Management itu juga tidak menolak andai ada rezeki menyanyi solo selepas ini dan terbuka mencabar kemampuan vokalnya.
"Saya anggap kolaborasi dengan kumpulan Bima Sakti sebagai pemanas enjin. Selepas ini baru yakin sedikit nak menyanyi solo.
"Saya secara peribadi suka genre lagu hip hop, R&B, pop balada. Saya paling minat Ariana Grande, selain Sarah Raisuddin, Jaclyn Victor, Melly Goeslow, Kris Dayanti dan terbaru Sarah Suhairi dan Aina Abdul," katanya yang pernah menjadi penari kebudayaan di Istana Budaya.
#Berlakon #Menyanyi #Octovia Manrose #Bima Sakti
;