Laman Utama
"Dah Ajak Bincang Cara Baik, Tapi Dia Pilih Jalan Begini" - Radhi OAG
Terpalit dengan kontroversi sejak bergelar anak seni, vokalis kumpulan OAG, Radhi mengakui, risau dengan tanggapan masyarakat terutama para peminatnya.
Radhi ketika ditemui Astro AWANI menyifatkan segala kejadian yang menimpa dirinya sebelum ini sebagai ujian dalam kehidupan.
“Tipulah kalau saya cakap tak risau dengan hal-hal yang berlaku sebelum ini.
“Kes perbicaraan saya dan bekas isteri masih berjalan. Beberapa kali juga saya ajak dia berbincang secara baik tetapi dia yang pilih jalan begini. Yang penting sekarang saya nak bersihkan nama saya,” katanya.
Radhi berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang akhbar Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku baru-baru ini.
Dalam pada itu, Radhi atau Muhammad Radhi Razali, 45, berkata, kes perbicaraan atas tuduhan mencederakan bekas isterinya, Nur Shaira Ayu Zahiri akan bersambung pada 14 Februari 2023.
Harapan Radhi, kebenaran akan terbukti apabila sampai masanya kelak.
“Kalau betul saya buat, saya akan terus mengaku orangnya. Tetapi dalam hal ini saya serahkan semuanya kepada pihak berkuasa.
“Saya tak nak fight di ruang yang salah. Saya juga dah maafkan apa yang dia buat dan saya juga berharap dia maafkan saya. Kita sama-sama move on. Saya anggap ini semua ujian dari Allah SWT untuk saya.
“Kalau saya cakap tak risau kes ni akan beri kesan pada penjualan tiket konsert itu nanti, tipulah kan. Saya akan usaha sebaik mungkin untuk membuat persembahan terbaik pada malam itu nanti. Saya janji akan clean dan sihat sepenuhnya untuk konsert nanti,” akhirinya.
Festival Konsert OAG 30 Tahun Generasiku akan berlangsung di Stadium Malawati Shah Alam pada 25 Disember ini sempena 30 tahun pembabitan OAG dalam industri muzik.
Sumber: Awani
Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.