Laman Utama
“Dah Anak Kerumun Mamanya Bila” – Peminat Sakat Almy Tengok Anak-Anak Melekat Dengan Fizz Macam Semut
Pelakon Datin Almy Nadia berkongsi ragam anak-anaknya apabila suami, Datuk Fizz Fairuz pulang ke rumah secara mengejut.
Menerusi video pendek di akaun Instagramnya kelihatan anak-anak mereka tidak melepaskan peluang untuk bermanjan bersama Fizz.
Menurut Almy, suami kesayangannya itu pulang secara mengejut selama satu hari untuk melepaskan rindu pada keluarga.
“Balik mengejut, balik untuk satu hari je esok balik Sg Besar balik. Jadi anak-anak kerumun lah. Macam semut dapat gula hampa tau @fizzfairuzofficial,” tulis Almy.
Bagaimanapun pengikut Instagram tidak melepaskan peluang mengusik Almy dan suaminya selain suka melihat keharmonian keluarga pasangan selebriti berkenaan.
“Uish… Kalau kita ni tak tahu lah nak jelous ke tak ni… Hahahah,” komen @wiwinruslan
“Mama datin @almynadiaofficial nangis kat bucu katil… Moga keluarga ini kekal bahagia hingga ke Jannah,” doa @pjutamoi
“Dah anak je kerumung mamanya bila adeh,” usik @lawagojes_bylinda
Terdahulu, Fizz dan Almy mendirikan rumah tangga pada tahun 2014.
Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan, Nur Afrina Arianna, 5, Nurr Afrina Aurora, 4, Nur Afrina Ayra, 2 dan seorang anak angkat, Nur Afrina Darwisyah, 11.