Viral

Dah Anggap Macam Keluarga, Instafamous Tak Sangka Anak Didera Pengasuh

Firdaus
30/03/2024
20:55 MYT
Sponsor Banner
Dah Anggap Macam Keluarga, Instafamous Tak Sangka Anak Didera Pengasuh
“Harapkan pagar, pagar makan padi,” itulah peribahasa yang sesuai diungkapkan dalam situasi seorang pempengaruh Instagram apabila anaknya yang ditinggalkan bersama pengasuh didera sehingga mengalami kecederaan pada kepala, mata dan telinga.

Luah Rasa Tidak Puas Hati

Kes yang berlaku di Indonesia itu dikongsikan sendiri oleh ‘influencer’ berkenaan, Emy Aghnia di mana dia meluahkan rasa tidak puas hati serta memuat naik beberapa gambar terkini keadaan anaknya yang dikenali sebagai, Jana, 4.
“Kepada rakan-rakan bantu repost. Astaghfirullahaladzim, pengasuh biadap, sudah dianggap keluarga, suruh jaga anak untuk dua hari, tetapi kenapa kamu seksa belahan jiwa ku ini,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen di Instagram.

Anggap Pengasuh Seperti Keluarga Sendiri

Emy turut menceritakan kronologi di mana dia sama sekali tidak menyangka perkara sedemikian akan menimpa anak kecilnya kerana menganggap wanita tersebut seperti ahli keluarga sendiri.
Emy juga menegaskan tiada sebarang konflik yang berlaku antara dirinya dan pengasuh itu.
"Saya ambil (pengasuh itu) dari sebuah yayasan terkenal di Surabaya, malah seluruh Indonesia tahu tentang yayasan berkenaan, tapi saya tidak akan sebut namanya di sini,” jelasnya.

Siasatan Lanjut Dijalankan

Bagaimanapun, menurut Emy, laporan polis telah pun dibuat dan Polis Malang sedang menjalankan siasatan lanjut berkaitan kes terbabit.
“Saya harap kes ini dapat diselesaikan dengan segera dan pelaku dapat menerima hukuman setimpal atas perbuatannya," katanya.
Dalam pada itu, Unit Jenayah Polis Kota Malang berkongsi, penderaan itu berlaku kerana pengasuh berkenaan terlalu geram dengan kanak-kanak tersebut yang enggan disapu ubat untuk menghilangkan parut di badan.
“Suspek mengakui berasa jengkel dengan mangsa yang tidak mahu mengikut arahannya,” lapor Unit Jenayah Polis Kota Malang.

BERITA TRENDING: Kes Tinggal Bayi 10 Hari Berseorangan Di Rumah, Ibu Bakal Berdepan Hukuman Penjara Seumur Hidup

Sementara itu, kes berikut turut mendapat perhatian selebriti-selebriti tanah air seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Aeril Zafrel dan Mira Filzah yang meluahkan rasa sebak selepas melihat kepada keadaan cahaya mata pempengaruh tersebut.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar