Hiburan

Dah Batal Kontrak Dengan Jenama Antarabangsa, Ada Pula Netizen Minta Daiyan Trisha Padam Gambar Tunjuk Produk Berkaitan Israel

Firdaus
17/05/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
Dah Batal Kontrak Dengan Jenama Antarabangsa, Ada Pula Netizen Minta Daiyan Trisha Padam Gambar Tunjuk Produk Berkaitan Israel
Kritikan demi kritikan yang diterima, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha baru-baru ini akhirnya mengambil keputusan menamatkan kontrak dengan beberapa jenama antarabangsa yang didakwa menyumbang kepada Israel.

"Saya bersyukur saya diizinkan untuk membatalkan kontrak secara awal...

Faktor penamatan kontrak itu difahamkan kerana gerakan Blockout 2024 yang sedang berleluasa serta teguran orang ramai yang dilontarkan terhadap Daiyan sebelum ini.
“Mohon mengerti bahawa kami semua ada kewajipan yang berbeza dalam setiap jenama.
“Saya bersyukur saya diizinkan untuk membatalkan kontrak secara awal dengan beberapa jenama yang saya pernah bekerja rapat. Saya hargai sikap bertimbang rasa orang ramai.
“Saya bersyukur yang isu ini membawa kita semua kembali fokus kepada Palestin. Ini sebenarnya peringatan untuk diri saya juga. Saya berharap kita semua akan terus berjuang untuk saudara-saudara kita di Palestin,” tulis Daiyan.

Netizen Minta Padam Foto Tunjuk Produk Boikot

Walaupun telah bertindak menamatkan kontrak dengan jenama-jenama antarabangsa untuk menunjukkan sokongan tetapnya terhadap negara Palestin, ada juga individu yang masih mengarahkan Daiyan untuk memadam foto yang dimuat naik sebelum ini di Platform X tentang kediamannya hanya kerana gambar tersebut memiliki beberapa produk berkait dengan rejim Zionis.
“Terima kasih kerana membatalkan kontrak. Sekarang itu satu standard yang tinggi yang perlu dicontohi oleh orang lain.
“Alang-alang bercakap tentang itu, tolong padam juga gambar-gambar ini kerana memperlihatkan beberapa jenama Zionis. Saya pasti ia sesuatu yang lebih mudah untuk awak kerana standard yang baru sahaja awak tetapkan. Free Palestine,” tulis individu itu. Sekadar info, pelakon berusia 31 tahun itu sebelum ini teruk dikecam kerana dituduh tidak cakna tentang genosid yang berlaku di Palestin.

BERITA TRENDING: Daiyan Trisha Dipersoal Kenapa Tutup Tarikh Pada Resit Sumbangan Gaza

Susulan namanya diletakkan di dalam senarai boikot gerakan Blockout 2024, Daiyan lantas mengeluarkan bukti bahawa dirinya sebelum ini pernah menderma sejumlah wang mencecah RM100,000 sebagai bantuan untuk Palestin.
Tindakannya itu berjaya menghentikan tomahan yang dilemparkan terhadapnya berhubung isu berkenaan.
Sumber: Platform X
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar