Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Dah Beranak Pinak Dah Ni, Apa Lagi Tak Puas Hati? Move On” - Intan Saleh Balas Dakwaan Izreen

Mya Amri 11/01/2023 | 20:39 MYT

Belum reda dengan kontroversi rumah tangga Syamsul Yusof dan Puteri Sarah, kini timbul pula kisah Izreen Azminda dan bekas isteri suaminya, Intan Saleh.

Difahamkan kemelut antara Izreen dan Intan kembali menjadi perhatian netizen selepas masing-masing saling membalas kenyataan menerusi Insta Story mereka.

Intan bagaimanapun dalam satu hantaran, meluahkan rasa kesal dan menjawab kembali dakwaan Izreen yang mengatakan dirinya mengelak untuk bertemu.

“Apa benda lagi korang ni? Tak habis-habis ni? Dah lima tahun dah ni, move on lah… Apa yang korang nak ni ha?

“Cakap sana sini, sikit-sikit ugut aib lah aib lah, stop lah, dah beranak pinak dah ni apa lagi tak puas hati? Move on.

“Bukan ke suami aku haritu nak jumpa laki kau tapi laki kau cakap busy lah tak ada masa nak layan. Buat-buat macam busy sangat.

“Padahal suami aku nak cakap kot depan-depan sebab dia pun nak habiskan benda ni sebab asyik lah isteri dia ni kena ugut.

“Nak bincang bukan nak gaduh tapi tak dapat sebab laki kau yang acah busy,” luahnya.

Dalam masa yang sama, Intan juga turut mendedahkan cerita sebenar yang berlaku di sebalik dakwaan tersebut.

“Bila jalan ke kereta berani pula main rendahkan orang, main gred lah, bukan level lah, budak-budak lah, IQ rendah lah.

“Kenapa tak nak settle masa tu and ingat ya aku pernah nak jumpa kau, masa tu aku belum pun kena cerai. Tapi tak dapat sebab katanya kau busy sangat.

“Okay tak payah dah nak drama-drama kat media sosial ni, berhenti dan fokus dengan kehidupan yang lebih baik.

“Nak sebarkan aib aku sebarlah, kalau itu yang boleh mengajak orang benci aku dan sayang kau,” jelasnya.

Intan juga turut menyatakan kenyataan yang ditulis di media sosial miliknya itu adalah sebagai kenyataan balas untuk menjawab dakwaan Izreen yang disifatkan sebagai fitnah.

“Aku ada anak dan suami yang aku kena jaga hati dan maruah suami aku. Stop lah kau buat ayat cakap apa aku buat kat belakang suami aku.

“Itu kau dah fitnah aku macam apa yang aku buat semua tu (sekarang). Siapa yang start dulu dan tak habis-habis perli burukkan orang.

“Aku tulis sikit je tu pun sebab cerita dari kau juga aku balas. Nak sibukkan aib aku, aib sendiri tak nampak… Sedih!” tegasnya.

Semalam, suami Izreen iaitu Ude Wahid juga menjadi perhatian netizen selepas memuat naik kapsyen berbentuk luahan rasa kesal terhadap seseorang yang dikenalinya sebelum ini.

BACA: “Ajak Settle Depan Tak Nak, Whatsapp Tak Balas, Tau Tau Up Dekat IG” - Ude Wahid Sound Siapa?

Dalam hantaran itu, Ude seolah-olah mempersoalkan tindakan individu tersebut yang disifatkan tidak matang dan suka berkongsi masalah di media sosial.

Izreen juga turut memuat naik luahan di dalam IG Story sebagai kenyataan balas terhadap luahan dibuat Intan.

Izreen menyatakan hasrat bertemu dengan Intan untuk menyelesaikan perkara berbangkit secara baik.

Terdahulu, kemelut antara Izreen dan Intan dipercayai berlaku sejak perkahwinan kontroversi aktres itu bersama Ude atau nama sebenarnya Muhamad Radzi Abdul Wahid pada Ogos 2017.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Aaron Ibrahim, 4, dan Ali Idrees, 2, manakala seorang lagi anak lelaki, Adrian Umar Muhammad Riza, 9, merupakan hasil perkahwinan Izreen sebelum ini.

Untuk rekod, Ude pernah berkahwin dengan Intan pada 1 Mac 2013, sebelum bercerai talak satu pada 22 Mac 2018.

Hasil perkahwinan itu, pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata, Arish Muqri, 8, dan Ariq Muqri, 5,

Pasangan ini kemudiaannya bercerai selepas Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 pada sebuah majlis tertutup.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

#Izreen Azminda #Kontroversi #Perkahwinan #Ude Wahid #Move On #Intan Saleh #Kemelut #Isu Perkahwinan
;