Gaya Hidup

Dah Dekat Nak Raya Tapi Tudung Cantik Bertemakan Euphoria Ini Masih Jadi Rebutan

Mya Amri
02/06/2019
22:46 MYT
Sponsor Banner
Dah Dekat Nak Raya Tapi Tudung Cantik Bertemakan Euphoria Ini Masih Jadi Rebutan
Tinggal sehari sahaja lagi untuk menyambut Aidilfitri namun masih ada lagi yang mengambil kesempatan untuk membeli-belah secara ‘last minute’.
Terutamanya wanita yang pastinya belum menemui tudung sedondon untuk dipadankan dengan baju raya.
Bak kata warga twitter “Baju cantik dah bling bling sekali aduh tudung pula tak kena,”
Jadi tidak hairanlah mengapa koleksi tudung edisi terhad bertemakan Euphoria yang dikeluarkan oleh jenama terkenal, Tudung People ini menjadi rebutan.
Bukan hanya kerana bentuk lukisan bunga yang cantik sahaja tetapi koleksi Tudung People Limited Edition Euphoria (#TPeuphoria) ini mempunyai 32 warna yang terbahagi kepada tudung dan selendang.
Selain itu nama-nama yang diberikan untuk setiap tudung juga unik dan menarik. No wonderlah jadi rebutan.
Antara koleksi #TPEuphoria terlaris adalah Top Of The World.
Difahamkan ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk membeli koleksi berkenaan kerana sold out bagi pembelian online.
Di sini kami kongsikan foto tudung yang menjadi rebutan wanita itu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar