Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Dah Jumpa Individu Hina Keluarga, Ali Puteh Serah Pada Pihak Polis - "Katanya Bukan Dia Yang Buat ..."

Zulaikha Yusof 24/05/2021 | 01:15 MYT
Pelawak Ali Puteh, 32, mendedahkan dia sudah menemui pemilik akaun Instagram (IG) yang telah melemparkan kata-kata hinaan kepada dirinya dan keluarga pada Sabtu lalu.
Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan berkata individu terbabit tidak mengaku salah apabila menggunakan alasan akaun IG telah diguna pakai oleh orang lain.
"Okey dah jumpa tadi. Katanya bukan dia yang buat. Ada orang lain yang guna Instagram dia untuk menghina saya dan keluarga.
"Jadi saya serah pada polis ja. Mereka lebih arif untuk menyelesaikan masalah ini," tulisnya sebagai kapsyen.
Dalam pada itu, adik kepada arwah Abam Bocey mengingatkan kepada semua terutama yang beragama Islam agar tidak sesuka hati menabur fitnah.
"Sabar itu indah. Berdoa pada allah semoga semua dipermudahkan. Jangan kita semua orang Islam menabur fitnah sana sini.
"Di dunia mungkin terlepas tapi di akhirat tak akan terlepas. Takpa jangan kita balas, Allah akan balas," tulisnya lagi.
Sebelum ini, Ali berang apabila individu tidak berperikemanusiaan itu menggelar anaknya sebagai anak luar nikah di ruangan komen.
Anggap tindakan itu sudah keterlaluan, Ali telah menawarkan ganjaran sebanyak RM1000 kepada sesiapa yang membantu mencari individu tersebut.
"Salam Jumaat. Di hari Jumaat yang mulia ini, sesiapa boleh bantu cari kan manusia ini. Maki tu maki la tapi sampai anak saya dikatakan anak luar nikah ini melampau!!
"Bantu saya kawan-kawan semua cari manusia ini. Sampai keturunan saya dikatakan Yahudi. Sapa dapat info cari manusia ni... cash RM1000 saya bagi hadiah," tulis Ali.
#Ali Puteh #Anak Luar Nikah #Hina Keluarga #Yahudi
;