Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

"Dah Kenal Tiga Tahun, Dia Sangat Sweet!" - Melissa Jelaskan Hubungan Dengan Jaa Suzuran, Tak Tolak Cinta Lelaki Melayu

Amri Hassan 20/08/2019 | 06:55 MYT
Pengacara dan penyampai radio Melissa Th'ng menjelaskan hubungannya dan pengacara Jaa Suzuran sekadar kawan rapat.
Malah, kata Melissa keakrabannya dengan Jaa hanya memenuhi tuntutan kerja sempena penggambaran video untuk kandungan YouTube mereka.
"Saya dan Jaa berkawan baik sejak tiga tahun lalu, ketika kami masih bersama-sama bekerja di Astro. Kami banyak membuat penggambaran video bersama.
"Dia seorang yang 'sweet' dan personaliti dia berbeza sebenarnya apabila benar-benar rapat. Kalau orang nampak dia lawak dan kelakar selalunya, percayalah, dia sangat penyayang dan mengambil berat," katanya kepada Gempak.
Melissa yang ditemui pada majlis pelancaran butik terbaharu Lancome di Mid Valley, Kuala Lumpur semalam memberitahu tiada perancangan lanjut ke arah fasa lebih serius antara mereka berdua.
"Setakat ini dia lelaki paling rapat dengan saya sebab dalam industri ini saya susah mencari kawan.
"Kadang-kadang tak tahu niat orang terhadap kita. Sehingga kini, dia sangat jujur," tambahnya.
Bagaimanapun, secara amnya Melissa tidak menolak seandainya dipertemukan jodoh dengan lelaki Melayu suatu masa nanti.
"Saya sangat berfikiran terbuka dan saya berkawan dengan sesiapa sahaja. Kalau orang baik dengan saya, saya pun tiada masalah.
"Kalau ditanya tentang jodoh dengan lelaki Melayu, jawapan saya ya! Malah sebelum ini pun saya pernah bercinta dengan lelaki Melayu ketika di sedang belajar," ujar Melissa lagi.
Ditanya tentang panggilan manja 'baby' dan 'boo', bekas peserta Asia's Next Top Model musim pertama itu enggan mengulas lanjut.
Kata Melissa, panggilan itu hanya dalam situasi dan mood tertentu sahaja.
Kisah Melissa dan Jaa mula menjadi buah mulut ramai apabila mereka saling memuat naik foto mesra sejak akhir Julai lalu.
Sebelum ini, Jaa mengakui dirinya masih solo dan menyerahkan soal jodoh ke tangan orang tuanya.
BACA: "Biar Mak Carikan Calon Isteri!" - Jaa Suzuran
#Viral #Viral #Jaa Suzuran #Melissa Th'ng
;