Laman Utama

“Dah Lah Aniaya Bini, Kaitkan Dengan Aku” - Puteri Sarah Beri Amaran, Bekas Suami Influencer Suka Hati Petik Nama!

Mya Amri
25/04/2023
01:44 MYT
Sponsor Banner
“Dah Lah Aniaya Bini, Kaitkan Dengan Aku” - Puteri Sarah Beri Amaran, Bekas Suami Influencer Suka Hati Petik Nama!
Pelakon, Puteri Sarah Liyana memberikan amaran kepada bekas suami personaliti media sosial, Elcah yang mengaitkan namanya dalam masalah rumah tangga mereka.
Puteri Sarah menerusi hantaran di akaun Instagramnya menyatakan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang jika melampui batas.
Malah dalam hantaran tersebut juga, Puteri Sarah meluahkan rasa kesal dengan sikap lelaki berkenaan.
“Aku tidak mengenali kau tetapi apa yang pasti dari bekas isteri kau, aku tahu kau adalah seorang lelaki yang narsistik.
“Siapa lelaki ini? Kau ada masalah dengan bekas isteri kau kemudian kaitkan dengan aku?
“Nak tumpang glamour ke bro? Nak kena saman dengan aku? Dah lah aniaya bini sendiri dan kaitkan dengan aku. Ingat aku tak dapat cari kau?” tegasnya.
BACA: [VIDEO] “Kau Tahu Apa Yang Kau Buat Dengan Perempuan Tu”- Instafamous Dedah Dicerai Lepas 8 Hari Kahwin
Terdahulu, Elcah mendedahkan dia telah diceraikan oleh bekas suaminya selepas lapan hari berkahwin.
Sebelum ini juga, Elcah telah mendirikan rumah tangga namun jodoh mereka tidak panjang.
Kisan penceraian Elcah bagi perkahwinan pertamanya juga menjadi tular apabila bekas suaminya membuat keputusan untuk bercerai selepas tujuh tahun melayari bahtera perkahwinan.
Elcah kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua pada 3 mac lalu.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar