Laman Utama
Dah Macam Airport Changi, Seni Bina Universiti Teknologi Sarawak Tular. Cantiknya!
Sebuah pusat pengajian swasta, Kolej Universiti Teknologi Sarawak telah diiktiraf menjadi sebuah pusat pengajian penuh yang dikenali sebagai Universiti Teknologi Sarawak (UTS).
Namun di sebalik pelancarannya, universiti ini tular di laman sosial Twitter kerana seni binanya yang moden dan futuristik tidak ubah seperti lapangan terbang Changi, Singapura.
Di laman sosial tersebut, seorang pengguna berkongsi foto-foto menarik universiti terbabit yang terletak di Sibu Sarawak untuk tatapan umum.
Difahamkan, universiti yang terletak di bawah kerajaan negeri Sarawak ini menawarkan kursus pengajian asasi, sarjana muda, sarjana dan banyak lagi.
Universiti terbaru di Malaysia.Senibina bangunan yang moden dan futuristik, seolah-olah kita berada di Australia!Universiti Teknologi Sarawak di Sibu secara rasmi dilancarkan mulai hari ini 10 November 2021 ✅Cantik gila!!! pic.twitter.com/PG1INXm84S— Sir kamarul (@kamarul14) November 10, 2021
Hak milik penuh kerajaan negeri Sarawak, Universiti Teknologi Sarawak kini menawarkan 100% biasiswa dalam pengajian Asasi.Kos pengajian ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri Sarawak.Pelajar pengajian asasi kini berpeluang melanjutkan pelajaran di sini! pic.twitter.com/xoVOAkHzyt— Sir kamarul (@kamarul14) November 10, 2021
Antara beberapa kemudahan terbaik yang disediakan dan menarik perhatian ramai adalah perpustakaan, kolam renang, bilik pengajian dan banyak lagi.UTS adalah universiti pertama di Malaysia yang mencapai Green Building Index (GBI) Platinum.Reka bentuk bangunan ini mempunyai tempat takungan air hujan yang berperanan melancarkan pengaliran air hujan.Bagaikan air terjun di Airport Changi di Singapura! pic.twitter.com/XHsiXIlsRG— Sir kamarul (@kamarul14) November 10, 2021
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya teruja melihat seni bina bangunan UTS yang serba canggih, dengan landskapnya yang menghijau.
Tarikan ini juga menyebabkan ramai yang meluahkan hasrat untuk melanjutkan pengajian mereka di sini.
“Subhanallah cantik sangat rasa mcm nak pi sambung study lepas tu tak mau balik duk terpegun tengok bangunan,” komen seorang wargamaya.
“Harap-harap anak-anak Sarawak dan Sabah majoriti dapat sambung belajar, serta yang betul memerlukan.
Bukan anak VIP pakai kabel ambil biasiswa,” pesan seorang wargamaya.
“Ni baru betul invest duit banyak-banyak untuk universiti / pendidikan. Good job Sarawak,” puji seorang wargamaya.
“As a Sarawakian i am so proud. Apa guna kerajaan negeri ada duit banyak. Ni la gunanya kan. Next nak tengok sektor kesihatannya pula (more hospital) lepas ni... imagine yang memamg warga Sibu, wei seronoknya pegi belajar jalan kaki,” luah seorang wargamaya.
“Cantik memang cantik. Dan saya harap Universiti tu strict dengan maintenance system dia untuk kekalkan kecantikan bangunan mereka,” kata seorang wargamaya.
“Okay dah bolehlah apply jadi pensyarah kat sini,” tulis seorang wargamaya lagi.
***Untuk kemaskini berita terkini, cepat & mudah, langgan saluran Telegram Gempak!
Dah mengundi artis kegemaran korang di AME 2021? Klik banner di bawah untuk mengundi!
Must-Watch Video