Gaya Hidup
“Dah Macam Kat Oversea!” - ‘Drive-in Cinema’, Tarikan Terbaru Di Ipoh Perak!
Konsep menonton wayang di dalam kereta sudah lama dipraktikkan di beberapa negara seperti Amerika Syarikat, Australia dan negara Eropah.
Namun ‘drive-in cinema’ yang dianjurkan oleh Casuarina Meru ini merupakan satu lagi daya tarikan terbaru yang baru dibuka di Ipoh Perak.
Diberi nama sebagai Sini-Drive, seorang pengguna Twitter @Qu_syafiq berkongsi sebuah video aktiviti tersebut yang bertempat di Bandar Meru Raya, Ipoh.
“Drive-in Cinema dah nak ada dekat Ipoh kome!! Power chor! Berdekatan dengan Char Kueytiaw Abang Sayang, Meru, Perak,” tulis pengguna tersebut.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Aktiviti wayang secara santai ini akan dirasmikan pada 17 Julai ini oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.
Hasil tinjauan Gempak di Twitter, aktiviti wayang secara santai ini mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Ada yang memberikan beberapa cadangan untuk penambahbaikan dan ada yang turut mengecam aktiviti ini sebagai punca maksiat.
“Uuuuuu, macam best je. Tapi kenapa kat Perak? Kat Selangor atau KL takde ke?” tanya seorang wargamaya.
“Drive-in cinema di Adelaide, Australia mereka guna stereo FM sound. Kena adjust ikut frekuensi yang ditetapkan, boleh tengok dan dengar filem dari dalam kereta masing-masing,” cadang seorang wargamaya.
“Orang rabun jauh cant relate la macam ni baik tengok kat rumah dengan kawan-kawan,” kata seorang wargamaya.
“Good luck bagi pengguna kereta kancil yang parking belakang kereta Alphard,” usik seorang wargamaya.
“Perasan tak perasan? Makin bertambah tempat orang buat maksiat. Nau'zubillahi min zalik. Dating couple pun dah salah dalam Islam, apatah lagi keluar berduaan, yang ketiga syaitan, lagi-lagi yang sedang dalam hubungan haram ni,” tegur seorang wargamaya lagi.
Harga tiket masih belum diumumkan lagi dan pengunjung boleh masuk secara ‘walk-in’ ke lokasi Sini-Drive untuk menonton wayang.
Setakat ini, dua filem yang telah ditayangkan pada tiga hari lalu adalah Fast & Furios 6 serta The Art Of Racing In The Rain.