Laman Utama
Dah Masuk Episod 5, Dukun Diva Makin Mencemaskan!
Nampaknya, kisah dukun scam Che Yah dengan Lola semakin mencemaskan! Identiti Che Yah dah nak kantoi…Fuh!
Dalam episod kelima ‘Camp Cinta Abadi’ Isnin lepas, Lola pula menghilangkan diri sebab dah tak tahan lagi dengan Datuk DD.
Mana tidaknya Datuk DD membawa Che Yah dan Lola serta ahli keluarganya ke Kem Bina Keluarga untuk merapatkan kembali hubungan keluarga mereka.
Tapi Lola dah mula bosan kerana Datuk DD belum bayar lagi upah yang dijanjikan selepas mereka berjaya menewaskan Datuk Saddiq.
Alamak! Nampaknya dukun scam dah kena scam ke? Di laman sosial, rata-rata penonton dah mula tak sabar menantikan pengakhiran kisah Che Yah, Lola dan Datuk DD.
“Aduh…bersambung lagi…Tak sabar nak tengok dukun scam kena scam dengan kaki scam! Terhibur!”
“Lain macam Dukun Diva ni. Setiap minggu dia bagi jalan cerita berbeza..Cemas!”
Antara komen ditinggalkan penonton.
Terlepas episod terdahulu? Jangan risau boleh strim di platform Astro GO atau On Demand. Ikuti info dan klip-klip menarik menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Gempak dan Astro Shaw.
Dukun Diva menjalinkan kerjasama bersama jenama lilin beraroma, Lampu Cherita, dan pengedar coklat tempatan, Love 18C bagi menghidupkan keunikan setiap karakter utama dalam drama Astro Original ini.
Cenderahati drama Dukun Diva edisi terhad ini boleh didapati di laman rasmi Lampu Cherita, www.lampucherita.com dan Love 18C, www.love18c.com. Istimewa untuk pelanggan Astro, diskaun tambahan boleh didapati melalui website Astro Rewards tertakluk pada terma dan syarat.
Mengangkat kisah 'female con artist' dan 'anti-heroes' Dukun Diva sarat dengan elemen drama, komedi, suspen, aksi dan penyiasatan.
Drama lapan episod ini mula menemui penonton mulai 6 Disember lalu, setiap Isnin, jam 9 malam di Astro Citra (saluran 108).
Apa yang menarik mengenai drama Dukun Diva ini adalah dengan menampilkan watak utama diterajui wanita yang berdepan cabaran kehidupan, lebih-lebih lagi di bandar pada masa kini.
Pelakon berbakat besar, Nadia Aqilah yang tidak disangkal lagi kekuatannya dalam lakonan, membawa watak Che Yah iaitu seorang artis 'tak menjadi' di era 1990-an, akhirnya menggunakan bakat dengan menyamar sebagai dukun.
Watak Lola pula ialah anak saudara Che Yah yang bermasalah dan turut bersubahat menjadi dukun.
Kedua-dua watak ini mencipta pelbagai kepercayaan dan pantang larang atas rujukan media sosial buat jutawan kosmetik terkenal, Datuk DD lakonan Emelda Rosemila.