Dah Pindah Ke Wad Biasa, Faisal Halim Teringin Makan Nasi Kandar
Selepas menjalani tiga pembedahan di hospital swasta di Shah Alam, penyerang skuad kebangsaan, Faisal Halim pada awalnya agak kritikal disahkan semakin ceria dan menunjukkan perkembangan positif.
Faisal dah pindah wad
Faisal kini dilaporkan sudah dipindahkan ke wad biasa bagi meneruskan proses pemulihan di hospital ketika ini.
Menerusi perkembangan terkini menerusi Nadi Breaking, Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Selangor (FAS), Datuk Seri Shahril Mokhtar, memaklumkan Faisal telah keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU) dan telah dipindahkan ke wad biasa.
Teringin makan nasi kandar
Shahril turut memaklumkan pemain berusia 26 tahun itu juga dilaporkan teringin makan nasi kandar.
"Saya menerima voice note (pesanan suara) daripada Faisal. Setiap hari, saya dapat mendengar suaranya bertambah baik.
"Mengenai selera makan, dia juga memberitahu sudah teringin untuk makan nasi kandar. Jadi saya melihat ia sebagai satu perkara yang positif,” katanya.
Sebelum ini, Faisal telah disimbah asid oleh individu tidak dikenali pada serangan yang berlaku di Damansara pada hujung minggu lalu.
Berikutan itu, doktor yang merawatnya berkata, pemain bola sepak kebangsaan itu melecur tahap empat.
Sumber: Stadium Astro