Laman Utama
"Dah Tahu Tak Fit Nak Hiking Juga!" - Kantoi Hiking Masa PKP Lepas Member Pengsan, Masing-Masing Kena Denda ...
Degil tak bertempat! Ini yang terjadi kepada sekumpulan lima pendaki yang melakukan aktiviti berkenaan di Rawang Bypass pada 20 Jun lalu.
Menerusi ciapan yang dikongsikan di Senawang TV, mereka berlima kantoi melakukan aktiviti hiking apabila salah seorang daripada mereka pengsan di tengah jalan.
Ekoran panik, rakan-rakan mereka terpaksa menghubungi pihak bomba untuk bantuan.
Balai Bomba & Penyelamat Malaysia Rawang (BBP Rawang) menerusi Facebook mengesahkan kejadian berkenaan dan mereka telah membantu mangsa untuk turun dari kawasan pendakian.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Lima individu terbabit telah menerima kompaun sebanyak RM2,000 seorang yang berjumlah RM10,000 secara keseluruhannya.
Meninjau reaksi orang ramai di media sosial, rata-ratanya menyelar tindakan sekumpulan individu terbabit yang melakukan aktiviti memakan diri sendiri.
"Sejenis tak faham bahasa, lepas tu menyusahkah orang. Duk pi hiking dalam tempoh PKP ni dah kenapa? Eloklah kena kompaun pun, patutnya kompaun lagi tinggi sebab menyusahkan bomba nak angkut bawak turun.
"Hiking masa ni dah salah, lagi silap 4 orang tak reti nak buat apa apa kat yang pengsan. Lagi silap besar ko pergi call bomba, memang kena la.
"Dah tahu tak fit nak hiking.. kan menyusahkan bomba tu.
"Budak bodoh ni kenapa menyusahkan rakyat Malaysia, aku ni kaki hiking pon tahan nafsu je nak lepaskan gian hiking, kau senang-senang menyusahkan pihak bomba. Nasib baik kau tak naik Gunung Tahan.
"Orang hiking dia nak hiking jugak. Hiking pulak waktu orang tak bagi hiking. Lepas tu tak fit pengsan panggil bomba. Nanti esok-esok tempat tu terus kena tutup. Menyusahkan orang," demikian reaksi beberapa pengguna di Twitter.
Untuk info, aktiviti mendaki adalah antara yang dilarang ketika PKP.