Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

“Dah Tahun 2021, Kalau Tak Sedar Lagi…” - Zizan Razak Lebih Selektif Pilih Watak

Azwa Rahman 10/11/2021 | 11:13 MYT
Pelakon dan pelawak Zizan Razak mengakui dirinya lebih selektif memilih karya menjelang tahun 2022 kerana tidak mahu mengambil watak yang pernah dilakonkannya sebelum ini.
Menurut Zizan atau nama sebenarnya Muhammad Razizan Abdul Razak, 37, karya-karya tempatan akan datang harus lebih berkualiti selari dengan citarasa penonton kini.
“Saya agak memilih sekarang ni. Tapi sometimes saya fikir tentang mereka yang di belakang tabir, kru produksi, ia ibarat satu appreciation. Kadang sesuatu karya tu, nak kata tak bagus, ada peminatnya.
“Setakat ni ada yang tawaran yang saya terima dan ada yang saya tolak. Tolak itu pun sebab karakter tu saya dah pernah bawa. Ada yang nak saya berlakon jadi orang gila, bukan saya nak kata orang gila tu tak bagus tapi kita dah baca skrip, dah tahu kualiti, rasa macam tak selari dengan tahun 2021 ni.
“Kita dah tengok Netflix, cerita Korea, cerita tamil, cerita Hollywood, level diorang macam mana. Kalau kita tak sedar lagi, tak tengok diri kita di kedudukan mana, kita yang rugi,” ujar Zizan kepada Gempak.
Zizan ditemui selepas majlis pelancaran program-program terbaharu Astro yang diadakan di Petaling Jaya Art Centre, One Utama, Selangor pada Selasa.
Tambahnya lagi, penonton semakin bijak memilih karya-karya yang berkualiti terutamanya di platform-platform penstriman yang kini boleh ditonton di Astro.
“Saya tak boleh nak salahkan diorang. Diorang ada citarasa masing-masing dalam memilih. Kita yang perlu menentukan produk kita sehebat mana.
“Kita kena kaji apa kelemahan dan kekurangan kita. Kita ni dengan bajet tak berapa nak ada, kita nak buat sehebat diorang. Pada saya, kalau nak cerita pasal content, masih ada yang kita tak keluarkan untuk penonton tengok. So benda tu yang buatkan kita ketinggalan,” jelasnya lagi.
#Zizan Razak #Astro #Filem Tempatan
;