Laman Utama

“Dah Tua Sepatutnya Buat Amal Tapi…” - Netizen Mulut Celupar ‘Diserang’ Peminat Siti Nurhaliza

Shahrin Zulkifle
20/01/2023
01:00 MYT
Sponsor Banner
“Dah Tua Sepatutnya Buat Amal Tapi…” - Netizen Mulut Celupar ‘Diserang’ Peminat Siti Nurhaliza

Meskipun sibuk dengan kerjaya sebagai seorang penyanyi dan usahawan, ia tidak menjadi penghalang buat figura Datuk Seri Siti Nurhaliza untuk kekal sihat dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti senaman.

Malah, Siti juga tidak lokek berkongsi mengenai rutin dan tips senaman yang dilakukannya kepada peminat di laman sosial.

Terbaharu, menerusi satu muat naik di Instagram, pelantun lagu Purnama Merindu itu dilihat sedang melakukan senaman dengan menggunakan tali battle rope sehingga menarik perhatian wargamaya.

“Fokus, semangat dan bertenaga macam Afwa,” tulisnya pada kapsyen.

Rata-rata netizen dan beberapa rakan selebriti menzahirkan rasa kagum melihat kesungguhan yang ditunjukkan oleh ibu kepada dua orang cahaya mata itu.

Bagaimanapun, disebalik kata-kata moral yang diberikan kepada Siti, wujud seorang individu yang bertindak meninggalkan komen kurang sopan di ruangan balas.

Kata individu tersebut, pada usia sekarang, Siti seharusnya memperbanyak amal ibadah berbanding membuat persediaan untuk menjayakan konsert atau persembahan.

“Dah tua ni sepatutnya buat amal tapi kuat untuk konsert dan persembahan pula,” tulisnya.

Namun, kenyataan individu berkenaan telah disangkal oleh beberapa netizen kerana merasakan urusan amal ibadah tidak perlu didedahkan kepada umum.

“Dah kerjaya dia sebagai penyanyi, mestilah peminat nak tengok konsert dia. Amal awak pula dha banyak sangat ke? Siti tahulah apa dia buat,” kata seorang wargamaya.

“Amboi awak tahu ke amalan yang Siti buat selama ni? Btw kesihatan memang perlu dijaga juga ya,” komen seorang netizen.

“Kalau soal amalan, itu antara dia dengan Allah,” tegas seorang netizen.

Undi bintang digital dan content kegemaran Top 5 anda di Gempak Most Wanted Awards 2022 di sini.

Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024